hjhadi_12okt11-400x269http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19572-apabila-pas-tersasar-54-kerusi-parlimen
Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.
Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang ‘INI KALILAH’ begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.
Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.
Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.
Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.

Ana nak ucap tahniah kepada Mazlan Aliman yang berani mengaku kelemahan dan GAGAL sama sekali dalam menawan kawasan FELDA dalam PRU kali ini.
Pada ana, kegagalan PAS menawan 54 kawasan Parlimen seperti yang diungkap oleh Mazlan, adalah berpunca daripada penyelidikan politik yang silap dan salah. Tidak bersandar kepada logik akal. Maka dengan itu, ana rasa, masanya sudah tiba untuk Husam Musa meletakkan jawatan dan mengakui dia GAGAL. Dia sendiri pun KALAH.
Menurut logik akal, PAS tak mungkin menang 54 kawasan Parlimen. Tak mungkin. Kawasan mana yang termasuk dalam 54 kawasan Parlimen? Cuba beritahu? Kalau Laksamana tua di Lumut yang bekas Ahli Pas pun kita tak boleh jaga (akhirnya tanding tiket PKR) jangan haraplah.
Inilah masalah dengan kita, bila ada suara yang mencemuh kepimpinan kerana gagal, ramailah konon juak yang pertahan Presiden dan kepimpinan. Kalau dah salah, mereka layak ditegur.
Ana tak marah langsung dengan Ketua AMK. Malah, pada ana, dia patut diucapkan tahniah kerana berani mengkritik kita. Sejak bila kita tiru sistem Iran, sampai Ayatollah tak boleh ditegur? Pas tak begitu.
Pada ana, teguran Mazlan Aliman ini bagus. Tak tahulah kalau ada lagi ahli kita yang bengap – terus menuduh orang yang mengkritik Pas ini sebagai balaci Umno. Jangan jadi bodoh akhi. Jadi ahli yang cerdik. Kritik bila perlu. Bukan ikut pemimpin macam buta hati.