Datuk Mohd Omar MustaphaSekumpulan kaki tangan Petronas menyifatkan ‘tsunami tauke Cina’ kini sedang melanda syarikat minyak nasional itu.Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat “tier 1” sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu.

“Adakah Dialog diletakkan secara misteri dalam kategori ‘tier 1’ kerana syarikat telah dirundingkan sebagai pihak yang mendapat manfaat utama di lapangan minyak D35 pesisir Bintulu?” salah seorang dari kumpulan kaki tangan Petronas itu mempersoalkan.

Mereka juga merasa ada sesuatu yang tidak kena sehingga Dialog akan menjadi kontraktor tempatan yang pertama yang mendapat taraf sebagai syarikat “tier 1”, iaitu sebaris dengan kontraktor “production sharing contract” (PSC) yang bertaraf dunia dan berpengalaman seperti Shell, Exxonmobil, Murphy Oil dan lain-lain.

Mereka mempersoalkan, adakah selepas menguasai projek Petronas iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) bernilai US$20 bilion di Pengerang, Johor, Dialog akan mendapat satu lagi anugerah dengan cara yang sangat dipersoalkan.

Setelah dinaikkan taraf sebagai syarikat “tier 1”, Dialog dilihat akan menerima satu lagi anugerah Petronas iaitu menguasai kawasan Balingian di pesisir Bintulu bermula dengan lapangan minyak Bayan dan D35 melalui kontrak pembangunan semula dengan syarikat minyak nasional itu.

Soalannya…siapa yang ada lesen besar untuk bawa Dialog ke dalam Petronas?

Kita ucap tahniah kepada kakitangan Petronas yang berani tampil ke Harakah dan beritahu kita hal sebenar.

Pada ana, cerita Petronas ini kalau kita lambak dalam Parlimen….seronok. Bagi peluang orang Cina semua tahu bagaimana mereka masih lagi dapat kontrak walaupun kononnya nak jaga kepentingan Melayu.

Banyak juga cerita yang boleh dibangkitkan dalam parlimen. Kita telanjangkan Petronas cukup-cukup. Biar padan muka.