mukhrizMenteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengarahkan aktiviti  pembalakan di Gunung Inas Baling dan Tasik Pedu Padang Terap yang  dibantah rakyat, dihentikan bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif  alam sekitar dan rakyat.

Tegas beliau, aktiviti itu perlu dihentikan sementara supaya kajian  semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi  memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

“Sekiranya ada sebarang aduan berasaskan kepada bukti menyatakan  bahawa syarat tersebut walaupun sedikit tidak dipatuhi, maka saya tidak  akan teragak-agak untuk mengarahkan supaya aktiviti pembalakan  dihentikan (terus) dengan segera,” katanya kepada pemberita pada Majlis  Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Kedah di Seri Mentaloon, di  sini hari ini.

Mukhriz berkata, semakan semula terhadap konsesi itu bukan bertujuan  hendak ‘kacau rezeki orang’ tetapi bermatlamat memastikan kepentingan  rakyat didahulukan.

“Pada masa depan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi  pembalakan lagi. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah,”  katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata, beliau telah mengadakan pertemuan  dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk  Rektornya Prof. Datuk Dr. Jamil Osman bagi menyelesaikan masalah yang  berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

  • Mukhriz sekadar nak ambil nama sahaja. Dia sendiri pun tahu, balak adalah modal untuk memimpin kerajaan Kedah. Jangan kita lupa, yang dihentikan hanya di Pedu dan Gunung Inas. Yang lain masih ON.
  • Pandai juga anak Mamu Mahathir ni, dengan ambil tindakan macam ini, broker kita di dua-dua tempat akan dapat masalah besar. Duit komisen dah ambil. Kena pulang balik? Mana ada baki. Dah buat lawan pilihanraya.  Ini semua nak bagi susah orang Pas di Kedah.
  • Anak mamu Mahathir lupa, tindakannya akan membuatkan pegawai KCS yang sudah lobi tanah, marah dan mengamuk. Jentera kerajaan negeri akan hancur. Katanya, tanah hutan simpan kekal itu seluas 142.76 hektar diberi hak  milik kepada 40 orang pegawai kanan dari kalangan Pegawai Tadbir Negeri  (KCS) atau 3.569 hektar seorang pada 2010.
  • 40 pegawai KCS ini bukan pangkat drebar dan kerani. Semua pangkat atas-atas. Memang kaki parpu dan kolek duit. Jahanam anak Mamu.
  • Kita semua tahu, anak mamu juga ada masalah, sebab bini dia tak biasa duduk di Kedah. Semua benda komplen. Banyak nyamuk. Tak suka bau bendang dan lain-lain.
  • Para pegawai anak mamu yang dibawa dari KL pun boleh tahan sombong dan bongkak. Ini semua akan jadi formula jahanam.
  • Jangan kita risau, rasanya anak mamu Mahathir ni tak tahan lama di Kedah.
Advertisements