mat saidPas tetap akur dan menerima hakikat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuat oleh rakyat walaupun Ketua Pembangkang terus menggerakkan siri perhimpunan mengajak rakyat untuk membantah.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, Pas berpegang kepada prinsip politik matang dan sama ada keputusan PRU memberi kemenangan atau kekalahan tetap diterima dengan berlapang dada.

“Kita tak mahu politik fesyen lama, kita gentleman. Kita terima menang atau kalah (keputusan PRU-13). Kita dah rasa semua, kalah dan menang kita dah rasa, tapi banyak kalah dari menanglah.

“Tak apalah, tapi kita nak politik kita lebih matang, jangan ada unsur dendam dan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dalam senario politik sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Satiful Bahri Mamat; Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias A. Razak.

Ditanya mengenai tindakan Anwar yang masih ghairah meneruskan perhimpunan haram di serata negara bagi membantah keputusan PRU-13, Abdul Wahid berkata, itu merupakan hak masing-masing untuk meluahkan perasaan.

“Itu nak luahkan perasaan dan itu hak masing-masing dalam bentuk apa cara sekalipun sama ada ceramah atau perhimpunan, itu hak masing-masing. Hak demokrasi, ia bebas nak ceramah atau apa saja.

  • Laporan ini dikemukakan dalam Utusan Malaysia. Ana harap tak ada usaha utusan untuk mempergunakan statement ini. Mesti lapor secara betul. Kalau tak betul, memang kaki penipulah.
  • Ana respek, sebab pemimpin kita berani buat kenyataan macam ini kepada Utusan. Ini baru politik matang.
  • “Tak apalah, tapi kita nak politik kita lebih matang, jangan ada unsur dendam dan benda-benda yang tak sepatutnya berlaku dalam senario politik sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini – kalau banding dengan kenyataan MB Terengganu yang sombong, cukup berbeza adab dan akhlaknya.
  • Kalau pemimpin kita terus begini, dan Mat Said terus menjadi MB menjelang PRU14, ana yakin, kita akan menang Terengganu pada PRU14.
  • Sindrom Wan Mokhtar akan berulang semula. Mat said akan jadi punca kejatuhan UMNO terengganu.
  • Bayangkan berapa juta duit habis, panggil artis Indonesia ‘Waliband’ buat persembahan seluruh terengganu, sudahnya menang 17 kerusi sahaja. Itu pun nak sombong lagi.