Sesi hati ke hati Husam dan penggerak media baru memang terbuka. Boleh soal apa sahaja. Soal balak. Soal makwe Cina tanah besar yang ada gambar dengan Husam. Soal Tuanku. Soal politik. Soal kenapa tewas di Putrajaya. Semua boleh tanya.
Daripada apa yang disampaikan oleh Husam, ternyata bahawa BALAK yang menjadi punca kenapa Husam ditolak.
Mengikut apa yang dibuat oleh Khalifah Umar Guan Eng di Pulau Pinang, Husam sudah menyatakan kepada Tok Guru Nik Aziz (ketika itu Menteri Besar), bahawa sebarang usaha pembalakan di Kelantan mestilah dilakukan secara tender terbuka. Tak kira siapa. Termasuklah…malas sebut namalah.
Mengikut Husam, inilah yang membawa luka kepada makhluk Allah itu. Bukannya isu lain. Husam tegas, bahawa sumber negeri tidak boleh sewenang-wenangnya nak dilanyak oleh mana-mana individu sekalipun. Ini yang …… tak boleh terima.
Husam tegaskan lagi, kalau yang buat projek itu memang orang …… tak apa. Ini tidak. Saudagar cina. Saudagar arab. Saudagar luar yang diberikan tempat. …… ambil komisen sahaja. Letih la macam itu.
Pada ana dan kawan-kawan lain, Husam adalah hero rakyat. Berani kerana benar. Walaupun hilang jawatan kerana ……. benci, tapi Husam tetap istiqamah dengan perjuangan. Orang macam ini, kita patut hormat dan terus angkat.
Husam pegang tradisi Islam.

  • Ada yang menyebut, kata Nabi SAW, Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah maka janganlah dia menasihati secara  terbuka, tetapi pegang tangannya dan bersendiri dengannya. Sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya  enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya” (riwayat Ahmad)
  • Dalam hadis yang lain, Usamah Ibn Zaid RA ketika ditanya mengapa beliau tidak menegur Utsman ibn Affan beliau mengatakan “Apakah aku perlu menegurnya di hadapan manusia? Aku menegurnya antara aku dan  dia, aku tidak mahu membuka pintu fitnah (kerosakan).”  (riwayat Imam Muslim)
  • Bermaksud beliau tidak mahu menceritakan apa yang beliau sampaikan kepada Utsman  yang pada ketika itu khalifah.
  • Lihatlah bagaimana Nabi SAW menyatakan  kepada kita, Maksudnya:“Agama itu nasihat.” Kami (sahabat) berkata, “Untuk siapa (nasihat itu) wahai Rasulallah?”. Baginda menjawab, “Untuk Allah, kitab-Nya,  Rasul-Nya, pemimpin-peminpin Islam dan rakyatnya (kaum muslimin).” (riwayat Imam Muslim)

Kalau ….. degil dan tak mahu dengar, kita nak buat macamana.
Ana sedih. Sebab imej ……. tak kena dengan kelakuan. Sedih sangat. Kerana……hilang seorang permata harapan Pas di Kelantan.

Advertisements