sultan kelantanKenyataan atau ulasan Timbalan Menteri Besar Kelantan baru, Mohd Amar  Nik Abdullah yang mengatakan kekuatan PAS kerana dasar dan bukan  kekuatan individu semacam mahu menolak kelebihan atau sumbangan peribadi yang ada kepada Nik Aziz selama ini serta menyindir orang lain.
Mungkin apa yang beliau katakan adalah hakikat, tetapi dengan begitu  cepat mengulas demikian setelah baru enam hari Tok Guru tidak menjadi MB Kelantan ianya agak canggung dan semacam tidak menghormati kepada  Tokguru.
Dalam edah Nik Aziz baru bersara dan melepaskan  jawatan kepada Ahmad Yaacob dan membolehkan beliau mengambil tempat  Ahmad, seharus Mohd Amar menyebut-nyebut jasa dan budi Nik Aziz serta  kelebihannya sebagai dijadikan azimat dan semangat kepada ahli.
Kenapa Mohd Amar tidak mencari ayat lain untuk menafikan peranan  individu? Dalam keadaan penyokong PAS bersedih atas ketiadaan Husam Musa dalam anggota kabinet Kelantan tidak seharusnya Mohd Amar mengulas  demikian, mengatakan kekuatan PAS bukan kerana individu.
Walaupun beliau tidak terniat untuk memperkecilkan pengaruh Husam tetapi para penyokong Husam dan pemerhati politik akan menduga demikian.  Politik penuh dengan persepsi dan juga spekulasi. Mohd Amar justeru  harus bijak bercakap dan pandai menjaga mulut.
Bukankah isu kenapa Husam tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat  Dewan Harian 6 Mei lalu maih hangat diperkatakan dan belum tuntas lagi?  Daripada membuat ulasan demikian Mohd Amar patut menjelaskan apakah  benar atau tidak Husam tidak dijumput menghadiri mesyuarat berkenaan.

Pada ana, tak perlu dipanjangkan isu ini. Soal samada Husam dijemput atau tidak – tak relevan. Yang lebih relevan, Husam dimurkai Sultan. Bab itu, penyokong kita pun layak dapat jawapan. Setakat ni, zero.
Ana suka nak ambil kesempatan, untuk mengingatkan Duli Tuanku (yang kemas berimej jubah, berkopiah putih, berjiwa Islam) – untuk kurang-kurangkan bertemu wanita seksi tidak bertudung di hotel-hotel di Kuala Lumpur.
Ana bukannya apa, tak lama lagi Al-Sultan nak pangku jawatan Agong. Kalau lagak macam Islam, tapi duduk berborak dengan perempuan seksi, pada ana, ada yang tak kena.
Benda ini sudah berlaku banyak kali. Tuanku Sultan mungkin ingat tak ada orang Pas yang mampu duduk di hotel mewah. Bentley Tuanku tu nak sorok mana. Berlambak depan hotel. Wanita seksi bukan main lagi. Macamana tu???
Bila Sultan masuk campur tolak Husam, makna kata – Tuanku bersedia menahan amukan blogger Husam yang siap nak follow Tuanku. Kami akan ambil gambar. Beri bukti kepada rakyat Kelantan, imej Islam Tuanku itu macam……
Ana sekadar ingatkan sahaja.