zin badakSyukur alhamdulillah, kita berjaya mempertahan Kerajaan Negeri Selangor daripada desakan menggila yang dilakukan BN. Kempen yang diterajui oleh Ir Zin memang tahap gaban. Habis semua iklan dibelinya. Rupa-rupanya, kalau kuat sangat menjual, orang jadi bosan.
Ana paling syukur, kerana kemenangan kali ini adalah lebih manis. Ternampak jelas, Pas Selangor adalah antara pasukan Pas yang paling kuat ketika ini. Kalau selama ini kita bercakap pasal Kelantan, sekarang ini kita sama-sama perhati bahawa Pas Selangor sudah mempunyai momentum yang baik.
Pas Selangor sudah tahu permainan politik yang ada di Selangor. Taktik dan strategi politik kita tepat. Berkesan.
Segala macam fitnah yang mereka lempar – isu kalimah Allah, isu air dan segala macam lagi, rupanya tak makan dek rakyat.
Rakyat Selangor memberi mandat yang lebih besar kali ini kepada  Pakatan Rakyat apabila 44 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.

Ini sekaligus memberikan Pakatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan  Negeri Selangor. Calon Umno-BN menguasai 12 kerusi Dewan Negeri  Selangor.

Keputusan itu membuktikan prinsip pentadbiran “hasil negeri untuk  rakyat” berakar di hati rakyat. Malah calon Pakatan berjaya menambah  majoriti kemenangan di kebanyakkan kerusi DNS.

Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan  berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.

Inilah masanya, untuk Pas Selangor tampil sebagai paksi kepada kekuatan Pakatan Rakyat di negeri terkaya di Malaysia. PKR sudah diberikan peluang sepenggal. Ini masanya untuk Pas.

Apa salahnya, di atas semangat Pakatan, Pas dibenarkan menjadi MENTERI BESAR SELANGOR yang baru. Tak ada masalah pada ana.

Dengan sendirinya, Pas boleh memastikan bahawa Selangor mengangkat haraki perjuangan Negara Islam yang lebih makmur. Inilah masanya.

Kita tak kurang mempunyai wakil rakyat yang baik.

– Iskandar Samad

– Saari Sungib

– Sallehen Mukhyi

– Hasbullah Ridzwan

– Khasim Aziz

– Razaly Hassan

Pilih sahaja daripada senarai yang ada. Semua berkemampuan untuk memimpin Selangor dengan lebih baik.

Kita bukan tak suka PKR – tapi sistem di Selangor perlukan sistem penggiliran. Bergilir. Ianya bagus untuk Pakatan Rakyat.

Terima Kasih pengundi Selangor. Ana tabik!

# ana sengaja letak gambar tokey sayangi selangor. bagi ingat pada semua…dialah modal kemenangan kita. hehe.