husam 3Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan  tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk  berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan  beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan  di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun  ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain  untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul  Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak  mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar  (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz  Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut,  tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang  dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Yang kita semua nak tahu duhai MB baru, apa sebab Tuanku Sultan nak tolak? Mesti ada sebab? Takkan sebagai MB baru, enta duduk diam sahaja. Tunduk dan cakap ampun Tuanku?

– apakah Tuanku tolak kerana Husam gagal mengurus Projek Ladang Rakyat?
– apakah Tuanku tolak kerana Husam gagal urus kambing Jamnalpari?
– apakah Tuanku tolak kerana Husam kurang ajar dengan Tuanku?
– apakah Tuanku tolak kerana Husam baik dengan Ku Li?
– apakah Tuanku tolak kerana Husam terlalu kaya?
– apakah Tuanku tolak kerana Husam derhaka?
– apakah Tuanku tolak kerana Husam banyak songlap projek?
– apakah Tuanku tolak kerana Husam gagal urus projek Lembah Sireh?

Hok mana satu alasan Tuanku?