Ana cuma ambil apa yang diperkatakan MSO – Mohd Sayuti Omar di dalam The Malaysian Insider.
Apakah kita yang sombong? Atau PKR Perlis yang dungu?

Umno Perlis tentu berbahagia dan lega sakan malam ini kerana Pakatan  Rakyat negeri itu telah mempamirkan politik tidak sekata dan tidak  menunjukkan kesepakatan jitu dalam kerjasama. Ini ekoran hasrat PKR  untuk mengumumkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya sebagai calon parlimen  Kangar tidak tercapai apabila PAS terlebih dahulu mengumumkan calonnya  untuk kerusi berkenaan.Kehadiran ribuan rakyat Perlis di ceramah perdana di Kuala Perlis  malam ini antara lain untuk mendengar pengumuman rasmi Juanda sebagai  calon kerusi parlimen Kangar. Anwar Ibrahim sendiri dijangka akan  mengumumkan Juanda sebagai calon parlimen Kangar. Mereka yang hadir  dikatakan ternanti-nanti pengumuman itu dan akhirnya pulang dengan rasa  kecewa dan marah apabila nama Juanda tidak diumumkan.

Kegagalan itu sudah pasti mengembira Umno kerana ia menggambarkan  yang Pakatan Rakyat Perlis tidak mantap dan sekata. Peristiwa malam ini  menjadikan Pakatan Rakyat Perlis kini sudah retak yang akan menunggu  belah bila-bila masa saja.

PAS beberapa hari lalu telah mengumumkan bekas pengurus besar Pos  Malaysia Baharuddin Ahmad sebagai calon mereka untuk kerusi parlimen  Kangar. PAS juga turut sama membolot dua lagi kerusi parlimen, Arau dan  Padang Besar. Langkah PAS itu menghairankan ramai pemerhati politik dan  merasakan parti itu tamak kerana membolot semua kerusi parlimen.  Tindakan mengumumkan calon tanpa persetuan PKR itu satu perbuatan  menghina.

“Tuan apa sudah jadi dengan PAS Perlis ini?” begitulah tanya seorang  yang sedang mengikut ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Perlis menerusi  telefon sebaik mengetahui yang nama Juanda tidak diumumkan malam ini.

“Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat ini bang. Nampaknya impian ke  Putrajaya akan tinggal mimpi saja, terburai di tengah jalan,” katanya  dengan nada kesal.

“Abang bagi tahulah kepada PAS jangan tamak sangat..,” katanya lagi  penuh mengharap. Pemanggil ini tidak menyebut namanya tetapi dia  mengakui sangat rapat dengan blog saya.

Keluhan dari pemanggil itu merisaukan saya. Saya juga nampak begitu,  PAS Perlis tidak menunjukkan semangat kerjasama yang baik dengan rakan  mereka. Apa yang berlaku di Perlis itu semacam ia disengajakan dan ada  motif tertentu. Semacam ada elemen untuk mengkhianati Pakatan Rakyat.

Sepatutnya PAS Perlis tidak berbuat demikian? Sikap tolenrasi yang  tinggi seharusnya tunjukkan bukannya sifat tamak. Apakah ianya arahan  dari PAS Pusat ataupun saja-saja pandai PAS Perlis? PAS pusat perlu  melihat dan mengkaji semula tindakan PAS negeri berkenaan. PAS Pusat  tidak patut membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu diuruskan sendiri  oleh PAS negeri itu. PAS Kuala Lumpur harus lebih bertanggungjawab  terhadap PAS Perlis.

Tidak mustahil kalau PAS membiarkan apa yang berlaku di Perlis itu  tanpa dipantau, semua usaha dan pengemblengan tenaga selama ini untuk  menumbangkan BN sia-sia sahaja. Paling mendukacitakan rakyat khasnya  penyokong Pakatan Rakyat akan hampa di atas apa yang berlaku. Mereka  akan hilang kepercayaan kepada UBN yang kini nampak semakin kemas dan  sekata. Sikap PAS itu juga akan dijadikan bukti dan dalil besar oleh  Umno bahawa parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih mementingkan diri  sendiri dari menjaga kepentingan rakyat.

Apakah yang berlaku di Perlis itu atas kehendak tokoh spiritual PAS  Perlis Haron Din? Apakah tindakan itu adalah atas ilham dan wahyu  daripada Haron Din yang baru-baru ini telah memberi kata dua yang  memedihkan kepada Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri?

Beberapa minggu lalu Haron Din dilaporkan telah menemui Anwar dan  memberi formula mengenai jawatan perdana menteri. Sebenarnya formula  dikemukakan Haron Din itu sudah dianggap “mabuk todi” kerana belum  apa-apa beliau sudah bercakap siapa lebih layak menjadi PM sedang  kemenangan masih berada di dalam laut.

Saya yakin isu calon dan pembolotan kerusi ini kalau tidak  diselesaikan secara baik Pakatan Rakyat Perlis akan bergolak di mana  natijahnya nanti satu kerusi pun tidak akan berjaya ditawan.

Advertisements