PAS Negeri Perak akan memperkenalkan  calon-calon yang  mewakiliinya  pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13  ini pada satu program  khas di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Pasir  Panjang pada jam 9 malam 9  April  ini. Ia akan diumumkan sendiri oleh Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Program ceramah yang akan berlangsung di Batu 10, Lekir, Lumut pada jam 9.00  malam amat bermakna kepada semua jentera PAS semua peringkat.

Semua pimpinan PAS semua peringkat akan hadir ke program yang bertemakan ‘PeraKite’ itu termasuk semua penyokong bagi mendengar pengumuman  tersebut.

“Kami juga akan melaksanakan ‘siaran langsung’ majlis  penting tersebut melalui laman blog – www.perakitedaily.blogspot.com  bagi memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak untuk turut mengikuti  pengumuman bermakna tersebut,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al Amin dalam satu kenyataannya.

Ini jelas membuktikan  bahawa PAS memang telah bersedia dan mendahului Umno Negeri Perak yang  sebagai pesaing utama PAS selama ini, tambah beliau dalam kenyataan itu.

Ana harap kali ini pasukan kite akan menjadi pasukan yang paling kuat dalam sejarah Pas Negeri Perak.

Ana dimaklumkan, hampir semua calon sudah dikenalpasti dan sudah dimaklumkan pun. Katanya ada kejutan. Itulah yang terbaik.

Menurut seorang teman, antara kejutan yang mungkin dimaklumkan adalah ketiadaan nama Nizar di dalam senarai DUN. Pada ana, itulah yang terbaik.

Calon MB – katanya akan diberi kepada orang muda. Budak UIA. Pengikut setia Anwar (Pak Sheikh). Bagi memudahkan hubungan baik antara Pas dan PKR di Perak. Hanya dengan hubungan baik Pas dan PKR, kuasa DAP di Perak dapat diperlahankan sedikit.

Ana tak sabor yeop!!!

Advertisements