7 dalilAna tak tahu nak gelak atau menangis dengan usaha yang mereka buat untuk merosakkan imej Pas. Mereka lupa agaknya, Pas ini sudah bergelumang dengan politik agak lama.

Kita sudah biasa kena belasah macam ini.

Cuma, ana nak beri ingat kepada kawan-kawan di Terengganu, nampaknya Pas Terengganu tidak seperti di PRU-PRU sebelum ini. Tak bersungguh. Banyak mengular. Malas. Semua nak tanya pasal duit dan dana.

Sudah diingatkan oleh pimpinan, perjuangan ini satu JIHAD. Ingat tu. Tak perlu fikir pasal duit makan dan minum. Kena istiqamah.

Ana nak ingatkan Pas terengganu, jangan ambil mudah dengan kempen yang mereka buat di bawah. Jangan. Bahaya kalau kita biarkan mereka belasah kita, tapi tidak membalas dengan cara yang sebaiknya.

Kalau mereka keluar 7 dalil kenapa haram pangkah Pas. Kita buatlah 800 dalil kenapa mereka tidak perlu dipangkah. Lawan habis habisan.

Sayang sebab kepimpinan Pas terengganu ni macam kucar bojeng.