“Alhamdulillah, kita telah selesai membuat penyusunan dan pembahagian dengan sebaik-baiknya. Malah, lebih baik dari pilihan raya tahun 2008  di mana gerak kerja dan jentera kita lebih baik dari masa-masa yang  lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendesak agar kerajaan  Barisan Nasional berlaku adil dan telus dalam pilihan raya umum kali  ini.

Katanya, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.

“Harapan kami, pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang  sebenar dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat lain menjalankan  demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan  termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan,” tegasnya di  hadapan 30 pengamal media di negeri ini.

Selain itu, Ustaz Abdul Hadi turut menasihatkan semua pengamal media  agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dan profesional.

Ana kurang setuju dengan kenyataan ini di atas alasan beberapa perkara:-

1. Bolehkah dikatakan kita bersedia sedangkan masih ada pergaduhan dalaman di Kedah, sedikit di Kelantan dan Terengganu?

2. Bolehkah dikatakan kita bersedia bila petugas online Pas masih lagi berbelanja dengan duit sendiri dan mengharap ihsan orang sama sejak tahun 2009?

3. Bolehkah dikatakan kita bersedia bilamana petugas kita di bawah masih lagi bergerak di atas landasan fi sabilillah?

4. Bolehkah dikatakan kita bersedia bilamana ada nama-nama besar pemimpin kita yang masih meraba-raba mencari tempat untuk bertanding?

5. Bolehkah dikatakan kita bersedia bila nama calon yang diumumkan kurang dikenali masyarakat setempat?

6. Apakah kita yang bersedia, atau PKR dan DAP yang lebih bersedia?

Pada ana, dalam menilai dan melakukan muhasabah parti, kita kena ikhlas. Jangan main cakap sahaja. Sedangkan di bawah jentera kita sudah keletihan kerana kekurangan sokongan material.

Pemimpin atas sedap cakap, perjuangan kerana Allah, mereka bawa Porsche Cayenne, Q7, x6 – sedang kita di bawah mencari duit poket.

Fikir-fikirkanlah wahai pimpinan.