Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin angin perubahan akan bertiup  kencang di Johor sehingga negeri itu tidak lagi menjadi ‘deposit tetap’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau memberikan tiga sebab, pertama berdasarkan perubahan besar  sebelum ini sehingga parti pembangkang bertapak dan tidak mustahil akan  memenangi majoriti kerusi dan memerintah Johor, lapor Roketkini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAP juga  melihat perubahan corak pengundian di Johor sebelum ini (1999 dan 2008), tetapi magnitud perubahan tidak cukup besar, yang pentingnya sokongan  terhadap BN di Johor menurun daripada 76% pada 1995 kepada 73% pada 1999 dan jatuh 10% lagi pada 2004 kepada 65% pada 2008.

Menurutnya, rakyat Johor hilang peluang untuk menghantar isyarat  jelas kepada BN pada 1999 dan 2008 dan yakin mereka tidak akan  mempersiakan peluang ketiga untuk berbuat demikian pada PRU13 nanti.

Katanya, Johor mengalami peningkatan ketara bilangan pengundi baru,  kebanyakannya pengundi muda pada PRU 2008 iaitu yang kedua tertinggi  jumlah pengundi selepas Selangor.

Peningkatan pengundi baru dan mereka yang berpindah ke Johor selepas  ditolak yang meninggal dunia dan yang berpindah dari Johor hampir  300,000 daripada 1.3 juta pada PRU 2008 kepada 1.6 juta sekarang.

Harakadaily main ambil sahaja laporan Roketkini. Tak baca apa yang berlaku di bawah langsung. Harakah tak tahu yang kawan-kawan kita di Johor dah setengah mampus nak mempertahan Kit Siang. Harakah boleh letak Kit Siang macam hero.

Ana rasa, menjelang PRU ni, Harakah kena tukar editor lah. Yang ada ni, dah macam orang kuat DAP sangat.