stadium baruAna dapat email yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali. Bunyi bahasa macam orang Kelantan. Tapi memang ahli dan penyokong kita. Dia siap bagi nombor keahlian untuk ana rujuk.

Dia hanya melahirkan kerisauan dengan bertebarannya email yang mengutuk cadangan stadium baru oleh TG Nik Aziz. Kata dia, kalau tidak dikawal, ianya akan mendatangkan kesan kepada Pas dan parti.

Ahli tersebut juga ingatkan ana mengenai janji Projek Lembah Sireh.

Pada Julai 2003, Kerajaan negeri telah memeterai perjanjian dengan  sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion  bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai  Kelantan di Lembah Sireh.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini Kerajaan Kelantan perlu  menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan terutama  dalam bentuk pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.

Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah projek pembinaan  masjid bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium  tertutup wanita bernilai RM25 juta.