KitSiangDewan Pemuda PAS Negeri Perak mengalu-alukan dan mengucapkan selamat  datang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri ini  untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Kami merasakan kehadiran Datuk Seri Anwar ke Perak sebagai satu  nukleus penting kebangkitan rakyat setelah ‘rampasan kuasa’ oleh Umno  Barisan Nasional (BN) pada awal Februari 2009 yang lalu,” kata Timbalan  Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Katanya, kedatangan Anwar ke Perak juga untuk mengembalikan ‘kuasa rakyat’ kembali mentadbir negeri ini.

Justeru, ujarnya kesudian Anwar untuk bertanding di Perak amat tepat dan dinanti-nantikan.

“Sudah tentu banyak persoalan timbul kini, di manakah kerusi yang  bakal ditandingi oleh Datuk Seri Anwar nanti?” tanya beliau dalam satu  kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ana ada pandangan yang berbeza dalam hal ini. Bukanlah tak suka. Tapi pada ana, Perak tak perlukan Pak Sheikh pada ketika ini. Kita sudah berada dalam keadaan selesa. Yang perlukan Pak Sheikh pada ketika ini adalah Negeri Sembilan. Lebih penting.
Di Negeri Sembilan, PR tidak ada kekuatan pemimpin. Lemah. Terlalu sangat ikut cakap DAP. Susah nak tawan undi Melayu/Islam. Ana cakap terus terang sahaja.
Di Perak, mantan MB sudah ada. Nizar adalah ikon kepada perjuangan Pas di Perak. Tak perlu ada Pak Sheikh. Sudah kuat.
Di Negeri Sembilan yang perlu.
Kalau ikut kawasan, ana suka sangat kalau Anwar berlawan dengan menantu Tun Dol di Rembau. Barulah ada umph. Bukannya cari kerusi selamat di Ipoh Timor. Kenapa mesti nak bertanding di kawasan majoriti Cina. Lawan di kawasan kita lah.
Ana cadang, Pak Sheikh jadi kepala di Negeri Sembilan. Nismilan kata budak muda. Barulah sedap berlawan. Negeri yang sudah kuat, nak letak lagi calon kuat nak buat kejadah hapa. Buang masa.
Bila Pemuda kita di Johor nak sambut dan alu-alukan kehadiran Kit Siang?