Abby-Abadi-Keluar-Hukum-Sendiri-ROTIKAYAPAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

“Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat.  Mungkin ada pertambahan lagi,” tegas beliau pada satu sidang media, di  Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi  tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri  Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

“Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan  lebih dari satu kerusi untuk calon wanita,” tegas beliau.

Ana tak kisahlah pusat nak letak berapa orang pun. 50 orang pun. Tapi pada ana, kita kena kaji betul-betul. Bukan setakat letak jadi calon, sebab dia perempuan/wanita/muslimat. Kekuatan politik kena ukur juga. Bukan main ambil ikut suka.

Pada ana, PAS kena realistik bab ini. Bukannya apa. Kalau setakat letak calon, lepas tu kalah, nak buat apa kebenda. Rugi duit sahaja. Ada kawasan yang memang calon Muslimat tidak wibawa. Nampak letih. Tua. Kurang bergetah. Tapi sebab nak bagi cukup kuota, kita bagi juga tempat. Ana tak setuju sangat dengan cara ini.

PAS kena guna kekuatan artis yang sokong kita. Minta Abby Abadi tanding. Pujuk Wardina tanding. Irma Hasmie. Sharifah Aini kalau perlu. Wajah macam ini yang patut kita berikan peluang. Terutamanya di dalam kawasan bandar. Barulah kita nampak maju.

Tahun 2008, kita bagi 13 calon wanita tanding. Berapa yang menang? Ramai yang melingkup. Tapi sebab dia wanita, dapatlah peluang. Pada ana, strategi ini macam ini kurang bijak. Kena beri ikut meritokrasi. Pak Sheikh Anwar kita selalu pesan, semua benda mesti ada merit. Kalau meritnya sebab perempuan. Itu bukan merit. Itu menipu.

Terus terang ana kata, sesetengah calon wanita PAS lebih layak jadi NENEK sahaja di rumah. Buang masa.

Advertisements