Lim_Kit_SiangAna terima sangat banyak sms daripada rakan-rakan di Johor (Tangkak, Sungai Mati, Parit Raja, Lenga, Semerah, Kluang, Pontian Kecil, Batu Pahat) yang melahirkan kerisauan dengan kehadiran Kit Siang di Gelang Patah. Pada mereka, wajah Kit Siang adalah satu malapetaka kepada politik Pas di Johor. Kena banyak perbetulkan. Pada hakikatnya, mereka lebih minat dan gemar dengan muka dan senyuman manis Dr Jimmy Chua Jui Meng untuk mengepalai PR di Johor.

Kepada mereka, Kit Siang ini ada masalah persepsi. Orang Melayu masih lagi sangsi dengan pemikiran sebenar Kit Siang. Apa pandangan Kit Siang tentang Hudud? Tentang Islam? Tentang DEB? Tentang orang Melayu secara keseluruhannya.

Ada satu sms ahli Pas di Muar, dengan mudah sahaja menulis: ‘Lan, ko jangan ingat Melayu Johor nak terima kita dengan Kit Siang. Aku sendiri menyampah dengan dia’. Ana hanya terima sahaja sms kawan-kawan.

Pada ana, Pak Sheikh kita (Anwar) pastinya ada strategi yang lebih baik untuk Johor. Tapi perlu juga hati-hati dengan kesan kepada Pas. Bukan sebab PKR sahaja. Ana sudah banyak kali cakap pasal ini. Kena ambil berat semua pihak.

Kalau kita kaji semula pencapaian politik 2008, Pas dan DAP memang mampu buat kejutan di Johor. Kita tanding di 32 kerusi DUN (menang 2). DAP tanding di 12 kerusi DUN (menang 4). PKR tanding di 10 kerusi DUN (kalah semua).

Di Parlimen, Pas tanding di 10 (kalah semua). DAP tanding di 6 (menang 1). PKR tanding di 8 kawasan Parlimen (kalah semua). Ini waktu tsunami hebat. Ini waktu kepimpinan Tun Dol yang lemah. Sekarang masa dan zaman sudah berubah.

Ana, secara peribadi, tak nampak sebab Kit Siang nak pindah ke Johor. Dia sepatutnya tumpu kepada Pulau Pinang. Tak perlu turun ke Selatan. Jangan dia lupa, Projek Tanjung dia di PP pun dulu – gagal. Pernah ditolak rakyat Pulau Pinang. Inikan pula Johor.

Disebut bahawa antara modal DAP di Johor adalah attack Duli Tuanku Sultan Johor. Ini pun nanti jadi satu masalah kepada kita di bawah. Buatnya DAP lambak semua cerita meniaga Tuanku, dalam pada kita nak dapat undi – jahanam undi Melayu.

Kesimpulannya….memang berpotensi jadi MALAPETAKA.