harun taibPas memang perlukan lebih ramai pemimpin yang berani bercakap kerana benar. Bukan simpan semuanya demi nak kuasa. Pas yang kuat, adalah Pas yang boleh menyuarakan pandangan dalam apa jua keadaan. Kalau perlu, Pas perlu membuat keputusan yang sukar, tetapi wajar.

Ana sekadar respon kepada apa yang sedang berlaku dalam internet. Macam-macam gambar baru yang dilambak dalam internet. Ana jadi risau.

Pada ana, kerisauan ini ada asasnya. Sebagai sebuah parti Islam, kita tidak mahu dikaitkan dengan segala macam kekotoran yang boleh merosakkan nama Islam dan parti Islam. Itu sahaja.

Sebab itu, kita kena bersiap dengan segala macam kemungkinan. Kalau perlu masuk PRU tanpa Anwar pun – kita kena bersedia 100 peratus.

Inilah hakikat politik. Tidak ada ketentuan. Kadangkala naik. Kadangkala turun. Tapi kalau dah gambar bogel berulang kali keluar, kita naik risau.

Ana serah kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas untuk buat keputusan. Kalau kita kata, itu bukan bukti yang sahih. Kita kena pegang lah. Kena perjuangkan Anwar dalam apa sahaja keadaan. Majlis Syura juga patut perjuangkan Anwar. Malah, kalau boleh, buat fatwa kata Anwar adalah bersih daripada sebarang skandal seks. Buat fatwa begitu. Mudah kita nak urus.

Dalam pada Majlis Syura nak keluar fatwa, ana cadang Anwar keluar dan nafikan dengan lebih bersungguh. Jangan bagi peluang.

Buat kenyataan di hadapan Majlis Syura. Kenyataan yang tegas.

Advertisements