lahaddatucommados0222Sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 yang akan berlangsung pada di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol 16 Mac ini, penganjur juga  akan mengadakan tahlil perdana buat perajurit negara yang terkorban di  Lahad Datu.

“Tahlil perdana ini akan dipimpin oleh Al Fadhil Sohibus Samahah Tuan  Guru Hj Salleh Sik Kedah selepas solat Maghrib di tapak Xpresi Ulama  Muda Haraki insyaallah.

“Semoga ruh para pejuang itu dirahmati  oleh Allah swt dan dikurniakan pahala syahid di sisiNya,” kata Ketua  Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan.

Sehingga kini 10  orang dari anggota pasukan keselamatan Malaysia telah terkorban  sepanjang mengendalikan operasi menentang penceroboh bersenjata di Sabah sejak beberpa minggu lalu.

Terbaru semalam dua anggota tentera gugur iaitu Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Roslan.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung  Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakalaAhmad Farhan  meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih ketika  menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Pada ana, ini adalah usaha yang baik dan bagus. Inilah yang ana pernah pesan, dalam isu Lahad Datu, kalau kita salah main isu, kita tak dapat markah politik. Semua UMNO yang dapat. Tapi, kalau kita terus main isu ini, buat tahlil dan sebagainya, markah kita boleh naik. Ana nampak ini langkah yang bijak.

Dalam isu Lahad Datu, pada ana, kita jangan nak bawa sangat pemikiran gila cina Tian Chua ni. Kalau salah main, bukannya kita dapat points, tapi kita kena tolak lagi. Gila. Permainan macam Tian Chua ni boleh makan diri.

Kita teruskan dengan tahlil. Buat terus-terusan. Insya’Allah berjaya. Kita kena ketepikan persepsi bahawa kita tak suka Polis. Jangan. Ramai penyokong kita pun bekas Polis. Buatnya depa konar. Penat.