mole-Anwar-Ibrahim-Saiful-Bukhari-1Ana cuma harap, PKR tahu dan faham dengan apa yang mereka sedang lakukan. Pada ana, ianya suatu strategi yang super bodoh untuk mengingatkan kembali rakyat dengan isu liwat dan ceroboh bontot ini. Kita patutnya sudah sedia nak bawa rakyat ke tahap baru. Bukan kembali bercakap mengenai lubang bontot Saiful Bukhari.

Ana harap sangat, kalangan ahli strategi PKR faham bahawa PAS tak mahu nak terlibat langsung dengan isu lubang bontot ini. PAS rasanya terlalu suci untuk dilibatkan dengan isu samada Saiful kena balun atau tidak. Buat masyarakat jijik lagi ada.

Ana nak ingatkan PKR, bilamana isu ini bangkit semula, akan timbullah isu sumpah laknat dan sebagainya. Ini modal lama. UMNO boleh pusing semula. Yang nyata, Pak Sheikh tak pernah bersumpah lagi. Belum.

Jadinya, bila isu ini naik balik, ana tak nampak ianya beri untung kepada sesiapa pun. Pkr tak untung. Pas tak untung. Dap pun tak untung.

Saiful ini, pada ana sudah sepatutnya jadi zombie politik. Kita tak perlu ingat dia lagi. Apa lagi lubang bontot dia.

Tapi bila ada pihak dalam PKR yang gila-gila nak bangkitkan isu ini, ana jadi bingung. Strategi apa ini?

PR sepatutnya fokus kepada isu negara. Bukan lubang bontot. Pada ana, rugi bila kita main semula isu ini. Semua orang rugi. Merosak susunan cerita.

Advertisements