wasatiyyahAna nak ingatkan rakan-rakan, jangan perkecil usaha PM nak buat program/agenda penyebaran pendekatan wasatiyyah ini. Ana sudah dapat maklum balas beberapa orang ulama’, pada mereka wasatiyyah ini tak macam ISLAM HADHARI. Islam ada had; Islam ikut hari. Itu zaman Pak Lah. Wasatiyyah ni, kata depa, ada dokongan para ulama’ tertentu di Malaysia. Mereka suka dengan kaedah yang diambil.

Wasatiyyah ni boleh kacau kita, sebab mereka nak gambarkan kita macam puak yang ekstrim. Politik tak ikut adab. Main belasah. Kata para ulama’, memang betul pun kita dah jadi macam itu. Main politik DAP. Ana diam sahaja. Tak mahu bertengkar dengan ulama’.

Ulama’ tersebut jemput ana untuk hadir ke acara perasmian institut khas mengenai tajuk tersebut. Esok.

Ana rasa macam nak pergi, bila ana dapat tahu ada tokoh-tokoh ulama’ yang turut sama beri sokongan. Yang ana diberitahu, Dr Mahmood Zuhdi, Rektor UIA, Abdullah Mat Zain, Dr Yusoff Othman antara yang hadir dan bentang kertas kerja.

Ana rasa, orang kita ikut juga program ini sekali sekala. Kita dengar apa yang mereka nak sampaikan. Takut-takut, ianya jadi program politik yang bantai kita. Tak ada orang yang ambil tahu.

Ana minta ulama’ kita pun bantai juga puak depa ni. Cari jalan. Bantai depa.

Ana cuma teringat kritikan Dr Siddiq Fadhil kepada kita (orang PAS).

Apa yang sebenarnya yang membezakan ABIM dan PAS ialah dari aspek penekanan terhadap proses pentarbiyahan. Walaupun PAS tampil dengan imej yang lebih Ikhwani di bawah Kepimpinan Ulama’nya pada awal 1980an, ABIM dilihat membudayakannya sejak awal penubuhan gerakan itu. Bahkan ia sentiasa menjadi teras kepada pemikiran dakwahnya. Oleh itu tidak hairanlah jika Siddiq Fadhil terus menitikberatkannya dalam ucapan dasar pada tahun 1987, bertajuk Perkuatkan Wadah, Perhebatkan Dakwah, Pertingkatkan Tarbiyyah: Menuju Pembinaan Tamadun Khayra Ummah). Siddiq Fadhil berkeyakinan bahawa pendidikan Haraki (Tarbiyyah Harakiyyah) di kalangan ahli ABIM mampu melahirkan kader Islam yang menjalani kehidupan seorang Muslim yang sebenar serta dapat menarik orang lain kepada Islam. Tarbiyyah juga menyediakan seseorang dengan keupayaan intellektual dalam mana-mana perdebatan. Justeru, ia berupaya menyampaikan mesej Islam dengan lebih jelas dan efektif. Tarbiyyah juga dapat membina keupayaan berfikir bagi menyelesaikan masalah kehidupan dengan cara menonjolkan alternatif Islam kepada sistem sekular.

Dr Siddiq pernah kata, konsep tarbiyah kita sudah menyimpang jauh. Tidak berteraskan Islam yang sebenar. Kalau boleh, ana minta ulama’ kita kaji perkara ini. Jangan sampai wasatiyyah mampu tenggelamkan kita. Rosak.

Advertisements