Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk  Farizan Darus dan Datuk Mokhtar Mohd Jait menjelaskan adalah tidak benar projek RM6.3 bilion akan dijalankan oleh syarikat RM2.

Menurut mereka, sebenarnya modal berbayar keseluruhan untuk  keempat-empat syarikat yang menjalankan tiga projek utama adalah  sebanyak RM4,549.2 juta.

“Sebagai Pengerusi Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang serta  Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan masing-masing, kami rasa  kesal bahawa proses pemilihan tender yang dijalankan secara terbuka dan  telus untuk 3 lebuhraya utama daripada Tanjung Bungah ke Teluk Bahang,  Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) Persiaran  Gurney ke Lebuhraya LCE dan sebuah terowong bawah dasar laut daripada  Persiaran Gurney dan Bagan Ajam telahpun dipersoalkan oleh pihak  tertentu,” ujar mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di  sini, hari ini.

Kata mereka, kos projek itu dianggarkan oleh kerajaan sebanyak RM8  bilion tetapi selepas proses tender terbuka secara kompetitif dijalankan sejak 14 November 2011, surat niat telah dikeluarkan pada 6 Februari  lalu dengan harga lebih rendah iaitu sebanyak RM6.3 bilion, yang  terendah di antara semua pembida yang diterima.

“Projek ini agak tersendiri dan unik kerana kos RM6.3 bilion dibiayai bukan dengan bayaran wang tunai tetapi menerusi land swap sebanyak 110 ekar di tanah tebus guna di Tanjung Pinang,” ujar mereka lagi.

Menurut mereka, mmandangkan bayaran dibuat menerusi land swap dan bukan secara bayaran wang tunai, maka adalah perlu kontraktor berpakaran bekerjasama dengan pemaju.

Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-

  • Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction  Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM3.5 juta dan RM4 bilion masing-masing;
  • Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM541 juta;
  • Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM3.7 juta; dan
  • Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta.

Soalan yang patut kita dalam PAS tanya…berapa agaknya komisen untuk PAS Pulau Pinang dalam perniagaan ini. Tak pernah sebut pun. Janganlah deal antara DAP-PKR sahaja. Jangan tinggal kita.

Ana rayu Guan Eng supaya masukkan juga komisen untuk PAS Pulau Pinang (dan PAS Pusat) dalam perniagaan ini. Kalau ada masalah, kita akan defend dia sehabis-habis defend. Kalau main bola, kira pihak lawan takkan dapat pegang bola. PAS akan pastikan sampai macam itu.

Semua orang tahu, di kalangan 3 parti yang ada dalam PR, PAS yang paling semekin (miskin). Banyak benda yang kita tertinggal. Datum Jelatek (RM1.2 b  di Selangor) pun kita tak dapat tumpang. Ini di Pulau Pinang pun kita tak dapat tumpang. Macamana kita nak menang sebagai satu pasukan? Bohong.

Ana minta DAP-PKR Pulau Pinang buat deal yang beri manfaat pada semua. Kalau jadi kita jalan semula projek Lembah Sireh, kita akan jemput DAP dan PKR juga. Barulah molek ada kerjasama.

Advertisements