paskelantanAna baca Sinar Harian pagi ini dengan hati yang berbunga. Lega. Bukannya apa, sebagai parti Islam, agaknya kita ni terlalu mudah nak beri peluang pada orang. Kantoi zina. Kahwin di seberang. Tak beri khidmat. Kaki bisnes. Kacau bini orang. Tak turun masjid. Tak hirau orang. Tukar kereta 6 kali setahun. Kaya raya bagai nak rak. Ada Porsche. Semua ini antara penyakit di kalangan YB kita.

Ana puji dan seronok kalau Majlis Syura benar-benar mahu kaji semula calon PAS kali ini. Memang patut pun. Kita tak boleh nak beri peluang orang yang lemah, bertanding dan mewakili parti berkali-kali.

Tapi biasalah, kalau dalam keadaan macam ini, mulalah strategi nak menangi hati pemimpin. Pada mereka, kunci sebenar untuk jadi calon PAS ada dua sahaja:-

1. Dapat restu Mursyidul Am.
2. Dapat restu MB Kelantan.

Hahaha. Memang lah orang sama. Tapi itulah yang selalu bermain di bibir orang-orang bercita tinggi dalam parti kita. Kalau dapat clearance Mursyidul Am, insya’Allah – lepaslah. Begitu powernya kuasa restu pemimpin kita ini.

Pada ana, tidak ada salahnya. Seorang yang pernah melalui proses sama tahun lalu berkongsi cerita dengan ana, Tok Guru boleh terus tahu samada calon itu sesuai atau tidak. Kuasa tilikan mungkin.

Blogger pakar kita, Mohd Sayuti Omar sudah memulakan – seramai 17 orang ADUN Pas yang patut digugurkan. Pada dia 17. Kalau ikut senarai ana dan kawan-kawan, ada 45 orang ADUN/YB Pas yang patut ditukarkan. Semuanya ada masalah.

Pengguguran paling aula’ dan utama sudah pastinya MB Kedah. Lemah.