HADI2(1)Ana kadang-kadang cukup kecewa dengan Presiden parti kita ini. Bukannya apa, kita sudah nak masuk dalam fasa terakhir PRU, tapi Presiden masih lagi main-main dan suka buat kenyataan yang tidak mendatangkan keuntungan kepada parti. Menyedihkan.

Sebagai orang lama dalam parti, Presiden sepatutnya mempunyai strategi yang lebih kemas dan terancang. Jangan terpedaya dengan pertanyaan akhbar utama ni. Mesti ada pendirian.

Sedang Anwar sibuk pusing seluruh alam Malaysia nak cari undi, Presiden kita dengan mudah sahaja nak keluar daripada Pakatan. Pada ana ini langkah yang ke belakang. Bukannya ke hadapan.

Ramai kalangan ahli dan jamaah mengatakan, Presiden tidak bertindak dan berfikir sebagai Presiden lagi. Macam dah hilang taring. Buat kenyataan syok sendiri. Di kalangan ahli Pas sendiri mula mengakui, bahawa Presiden sudah hilang minat. Di Terengganu sekalipun, Presiden sudah tidak ada gigitan politik. Sudah tumpul.

Dalam fasa terakhir masuk ke pilihanraya ini, tak perlulah agaknya Presiden main politik kurang matang. Mesti ada tulang belakang sedikit. Sikit-sikit nak merajuk dan tarik diri ini permainan politik pondan. Orang dah tak pakai stail ini. Kalau lawan, mesti lawan sungguh-sungguh. Jangan bagi chance.

Ana sendiri boleh jamin, kalau sekarang kita keluar Pakatan – PAS tak mampu menang lebih daripada 5 kerusi Parlimen. Kalah Kelantan dan Kedah sekaligus. Ana dah nampak malapetaka kalau kita tinggalkan Anwar.