Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.
Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.
“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.
“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.
* kalau inilah standard permainan politik para ulama’ di Kelantan, nampak sangat mereka ini sudah termakan budi, duit, wang ringgit yang banyak oleh pihak tertentu. Di atas alasan apa mereka nak kata undi Pas itu haram? Masya’Allah. Ana kalau jadi anak bini ulama’ tahap ini, ana akan migrate ke negara Afrika. Malu seluruh keturunan. Kalau pun betul nak main politik, janganlah merendahkan diri setahap itu;
** ana respek, dan pernah menuntut dengan Abdullah Saamah ni…pada ana, ilmu dia tidak setinggi mana pun. Jauh lebih rendah daripada ilmu Mat Sabu pun. Tapi sebab dia sudah mempunyai naungan kerajaan, dia boleh sebut apa dia mahu. ana minta maaf, tapi ana sudah hilang hormat pada mereka ini.
*** Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan ini siapa? Anak siapa? Belajar di mana? Cendikiawan mana? Belajar setinggi mana? Janganlah main tangkap muat dan belasah ikut dan. Mesti ada kredibiliti. Bukan begini caranya.
**** Ustaz muda membela agama ini siapa pulak? Siapa sponsor?
***** Taktik ini pernah diguna dulu. Tak menjadi. Tak payah la pakai benda yang nyata sudah gagal. Aduhai.
Undi PAS itu haram adalah taktik zaman jahiliyah yang membawa kerugian politik kepada puak belah sana. Silap besar lah kalau nak recycle.
Februari 14, 2013 at 1:04 am
Mereka ni betul2 Imam muda dn ulamak sampah.Berfatwa mcm org hilang akal.Knp tidak di sebut saja pilihanraya ada lh HARAM.Karpal Singh cuma tidak bersetuju sdg kn Mahathir,Ling Liong Sik dn Chua Soi Lek terang2 menghina.Tidak kh mereka ini pernah terfikir selama ini yg dok memperlekeh dn mempersenda kn Islam ada lh dr Parti yg mereka sanjung sbg pejuang Melayu dn Islam.Mereka2 ini bkn lh selayak ny utk di panggil sbg ulamak dn cendiakawan Islam,mereka ini cuma setaraf dgn macai2 UMNO shj.
Februari 14, 2013 at 9:39 am
Apa yang hendak dirisaukan dengan kenyataan itu, ini semua mainan politik. orang seperti itu adalah sama sperti syaitan dan iblis yang suka mengelirukan orang lain.
Februari 14, 2013 at 3:47 pm
Saya sokong 100% jwp anda..Dia org dah kena beli…
Februari 14, 2013 at 11:20 am
astaghfirullahalazim tuan…jangan sampai begitu. mereka mgkn tak sokong enta, tapi x elok dilabel ulama’ sampai begitu. ana pun sokong pas juga. pegang jawatan lagi. tapi kita kena ada kesopanan dalam menerima dugaan seperti ini. biarkan mereka bercakap. kita buat kerja kita.
ana minta sangatlah, enta jangan hina ulama’. tak kira di dalam umno atau mana-mana parti sekalipun. ana rasa kita kena hormat pada ulama’, waima dia orang umno sekalipun.
ana jumpa uthman el-muhammady, ana cium tangan. walhal ana tahu dia orang umno. tapi ana hormat ilmu yang ada. sidek baba juga begitu. siddiq fadhil juga begitu. apatah lagi ulama’ yang bersama kita dalam pas.
Februari 14, 2013 at 11:24 am
Bila undi PAS haram = taktik zaman jahiliyah…
Bila Undi UMNO haram = ?
wal harammu wal Halalku…keh keh keh….
Februari 14, 2013 at 3:48 pm
undi BN masyukkkkk surga…ke? hehehehe
Februari 19, 2013 at 8:59 am
Orang PAS otak sempit…
Syurga dan neraka hak Allah, dalil mana yang kata undi PAS masuk syurga…??? senang sangat ke nak masuk syurga ni…? hanya dengan sekeping kertas undi?? hahaha……
April 29, 2013 at 7:47 am
Ne saudara2ku sekalian dah demo nk ambo bleh oyap:
KENAPA TOK GURU KATA SOKONG UMNO TAK MASUK SYURGA
Kenapa TGNA kata ahli-ahli, penyokong-penyokong atau pengundi-pengundi UMNO tak masuk syurga, adalah berdasarkan kepada dalil-dalil atau hujah-hujah berikut :
1. Islam kata RASUAH ITU HARAM.
UMNO kata HARAM tapi kalau politik wang tak mengapa contoh yang jelas apabila semua pemimpin-peminpin tertinggi UMNO macam ISA SAMAD hanya dihukum gantung keahliannya dan kini dah menang PRK N31 Bagan Pinang. Siapa yang hukum mangkuk ayun ni ? Hanya lembaga disiplin UMNO je yang buat hukuman yang rata-rata kesemua mereka mempunyai palitan dan kesan tahi RASUAH. Tanya sama Ali Rustam, Khalil Yaacob, Khir Toyo, Tee Kiat, Kasitah Ghadam, dan lain-lain mangkuk hantu semuanya bebas, dan tiada tindakan menurut undang-undang MACC.
Nabi SAW bersabda : ” Pemberi dan penerima Rasuah masuk neraka…” so hadis ni dah jelas siapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka. tak faham lagi ke Pemuda Umno?
2. JUDI ITU HARAM
Kerajaan UBN kata tidak haram kecuali jika tiada lesen. Lesen pun Kementerian Kewangan yang keluarkan. Setiap yang haram tempatnya NERAKA.
3. ARAK, NIGHT CLUB PUNCA MAKSIAT.
Asal ada lesen HALAL tapi kalau takde lesen HARAM. Bukan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO ke yang memerintah negara 1 Malaysia ni?
4. TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM.
Mana dia usaha kerajaan UBN nak laksanakan hukum-hukum islam seperti HUDUD, QISAS, TAKZIR, DIAT dan lain-lain ? Baru sebut nak jatuhkan hukuman 6 kali sebat terhadap seorang perempuan kerana kesalahan minum arak dah riuh sekampung mencipta pelbagai alasan untuk menidakkan keputusan itu.
Kes MURTAD yang berleluasa, mana Pemuda-Pemuda UMNO yang berani mempertahankan kesucian akidah umat islam. Meroboh dan meruntuhkan bangunan masjid/surau serta institusinya kerja siapa ? Bukan dari perintah pemimpin-pemimpin UMNO ?
Woi, Pemuda Umno sial ! Ini antara alasan-alasan mudah kenapa korang tak boleh mencium atau masuk syurga Allah SWT. Takkan la itu pun korang tak tau…. Macam ni punya jahil korang tentang hukum agama Allah SWT pun korang nak salahkan Tok Guru yang alim dalam agama.
Kita bukannya masuk ke dalam syurga Allah itu dek kerana hebatnya ibadat kita, ini kerana amal ibadat kita itu terlalu kecil pada pandangan Allah SWT, tetapi kita hanya akan masuk ke Syurga Allah kerana Rahmat dan Ehsan Allah Rabbul Jalil. Macamana nak dapat ‘Rahman’ Allah kalau segala perintah Allah hampa tak ikut dan semua larangan Allah hampa redah semacam sajer..
Februari 16, 2013 at 12:56 am
Salam,
Pada saya, apa yang mereka cuba sampaikan adalah kesinambungan daripada apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Haron Din.
Link Haron Din: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mB7HcyRvX3o
Mungkin pada mereka yang tidak tahu situasi sebenar yang melanda keresahan umat Islam, boleh refer video yang dibuat oleh Haron Din, Timb. Mursyidul Pas.
Tengok dan nilaikan macam mana seorang Ulama dalam parti Pas sendiri dihina oleh ahli Pas sendiri seperti yang diluahkan oleh beliau.
Terima kasih.
Februari 22, 2013 at 7:37 am
“Ulama Kangkung wal Kongkang | PAS Untuk Kesejahteraan Ummah” was indeed certainly
pleasurable and educational! Within todays world that is very hard to manage.
Regards, Cornelius