Anwar_RazaleighGabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) akan melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penaung sebuah gerakan yang lebih besar iaitu R-5.

Menurut Presiden Royalti atau R, Nazri Deraman berkata, gabungan yang dikenali sebagai R-5 itu adalah gabungan seluruh rakyat dari negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang.

“Sebelum ini kita bentuk R sebagai Ngo sahaja, kali ini kita akan tubuhkan gerakan yang lebih besar. Jika di peringkat luar negara dikenali sebagai Opec,” katanya dalam sidang media di hadapan bangunan KLCC tengah hari tadi.

Nazri berkata, Tengku Razaleigh turut bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan R-5 dan akan mempertimbangkan secara mendalam untuk menyertainya.

Jelasnya, R telah mengadakan perbincangan hampir tiga jam bersama Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang di kediamannya di Langgak Golf di sini, semalam.

Sehubungan itu, Nazri turut menjelaskan Petronas masih gagal memberi maklum balas terhadap memorandum dan surat yang telah dihantar pada 10 Januari sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat lepas.

Ana kadang-kadang jadi risau dengan tindakan orang muda dalam parti yang sondol ikut suka sendiri. Apa perlunya kita pakai Ku Li dalam isu royalti minyak ini? Kita sedar atau tidak, Ku Li sebenarnya sedang sediakan payung sebelum hujan? Kalau dia kena drop daripada senarai UMNO, mulalah dia mencari kita. Kalau tidak, pandang kita pun dia belum tentu nak.

Ku Li ini bukan Ku Li lama. Ku Li baru sudah tidak ada pengaruh dan kuasa. Tak ada pengaruh langsung. Tak perlu rasanya kita terhegeh-hegeh nak gunakan Ku Li untuk mendapatkan sedikit bantuan. Buang masa.

Pada ana, Ku Li sudah dilipat dalam helaian sejarah. Jadilah kuda tua politik yang mati beragan. Tak ada peluang nak naik lagi. Ku Li boleh teruskan hidup dia yang mewah itu sampai kiamat kecil. Dalam UMNO pun dia tak perlu ada. Dalam PR pun dia tak perlu ada. Kecualilah budak muda kita ini mahu letakkan dia sebagai Perdana Menteri. Itu lain cerita. Kalau setakat nak guna untuk R ni. Tak payahlah.