Ana dapat sms dari seorang rakan di Kelantan. Ana serba salah untuk letakkan di dalam blog. Tapi sebagai blog yang mempunyai niat untuk mengemukakan apa sahaja isu yang berkaitan dengan parti, ana rasa tak boleh nak elak.

Sms tersebut menyatakan bagaimana seorang ADUN kita, dengan sendirinya sudah gugur pencalonan mempertahan jawatan YB, kerana masalah keluarga yang sangat mengaibkan. Ana nak tulis pun susah. Memalukan.

Apakah tidak, jika YB kita yang selama ini digambarkan sebagai kalangan yang soleh, mesra rakyat, mudah didekati, zuhud, tidak protokol, alim, ulama’ – rupa rupanya mempunyai anggota keluarga yang kacau bilau. Sampai tahap melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Kalau berlaku kepada keluarga pemimpin UMNO, kita tak hairan. Mereka memang dah biasa dengan arak, seks bebas, dadah, china doll dan sebagainya. Tapi bila berlaku kepada pemimpin kita….ianya jadi macam barah yang merosakkan imej bersih kita.

Ana puji tindakan pantas Pejabat MB yang sudahpun memberi signal bahawa nama calon tersebut sudah digugurkan serta merta. Kes macam ini tidak boleh kita nak simpan lagi. Buah busuk. Sebelum dia jahanamkan parti…baik sangatlah kita jahanamkan dia. Adil.

Pada ana, sudah tidak perlu panggil bela diri. Tak ada maknanya. Heboh dalam kawasan. Semua pengundi pun dah tahu. Tak boleh nak disangkal dan dielak lagi. Memalukan. Cukup memalukan. Insiden yang tak sepatutnya berlaku dalam parti kita.

Sudahlah kawasan tersebut tak boleh dikategori sebagai kawasan selamat. Nasib-nasib menang. Kalau kuat lagi gelombang merah puak belah sana…mahunya kalah. Kita menang dulu pun setakat 800 undi lebih sahaja. Kalau BN letak calon yang sama macam pru2008…ana rasa, kita akan kehilangan DUN ini. Ana bukan nujum. Tapi kalau cerita ini merebak sampai ke DUN dan Parlimen di Kelantan. Sayur.

Advertisements