Spicy Dancer Kedah-1Susah nak cakap, bila kawan politik boleh jadi malaun yang nak menghancurkan parti lain. Agaknya, dia orang ni memang suka nak tengok Pas dimalukan, ditertawakan, dipinggirkan oleh pengundi Melayu-Islam.

Kali ini, ana nak rujuk tentang program PKR di Kedah, yang kononnya anjur SPICY DANCE (TARIAN PANAS) untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kepimpinan kita di Kedah sangat baik, terbuka, berhusnul zann dengan tarian separa bogel.

Ana dapat banyak sms oleh kawan-kawan kita di Kedah. Paling ana tak boleh tahan, apabila seorang ahli lama kita, seorang Mudir di Sekolah Pondok, sms ana – menyatakan tentang kekecewaan beliau mengenai isu tarian separa bogel yang berlaku di Kedah. Ayat yang paling ana tak tahan: ‘…masihkah kita perjuangkan Islam?’.

Fuh, ana bila dapat ayat macam tu, terus tepuk dahi.

Ingatan ana pada budak-budak PKR di Kedah, jangan terlalu sasau nakkan undi orang ramai, sehingga nak rendam Pas dalam longkang. Gila ke apa? Apa perlunya nak anjur program yang macam itu? Payah kalau dah bodoh.

Ana nak ingatkan kawan-kawan PKR, Pas bukan macam kamu orang. Yang boleh buat semua benda. Layan China Doll. Masuk dalam toilet. Kami tidak ada kes-kes macam itu. Kami parti Islam. Tak perlu nak buat parti tarian pedas dan panas di bumi Islam Kedah dan Kelantan.

Cubalah faham bahawa kami ini nak kekal kerajaan di Kedah. Bila kamu orang main gila macam ini. Kami yang pening.

PKR tolong sedar diri, kamu bertanding di 10 kerusi (menang hanya 4 di Kedah). Kerusi DUN. Tanding di 7 kawasan Parlimen (menang 5). Itu semua atas belas ihsan pengundi Pas. Bukan kekuatan PKR sendiri. Kalau buat kerja bodoh lagu ni, ana agak (PKR akan dapat 1 DUN; 1 Parlimen) sahaja. Itu pun nasib baik. Nasib tak baik. Ghuyub.