khalid ismathAna kadangkala bosan dengan sikap pemimpin DAP yang tak pandai nak main politik. Tak mahu nak bantu kita dapat nama yang baik di mata rakyat. Ini yang payah. Tahaluf tahaluf lah juga, tapi kalau dah nak membunuh kawan sendiri, macamana cerita.
Pada ana, isu kalimah Allah ini patutnya dah didiamkan. Tak perlu kita nak main ikut rentak Utusan dan Berita Harian. Ini tidak, disebabkan kenyataan si tua OKU Karpal, kita masuk dalam muka pertama Utusan lagi. Bosan. Busuk nama.
Bila Majlis Syura Pas sudah buat keputusan, DAP patut terima sahajalah. Ana pun tak berapa setuju. Ana tulis 2/3 kali, bahawa Majlis Syura PAS tak pandai main politik. Kalau pandai, kalau nak beri kita dapat undi lebih besar di Sabah dan Sarawak, patutnya biarkan sahaja kalimah Allah dikongsi. Tapi, sebagai penggerak parti, ana akur dengan keputusan Majlis Syura. Kena ikutlah. Kalau tidak baik tak payah ada Majlis Syura.
Kita kumpul ulama’ di dalam Majlis Syura sebab mereka layak untuk nasihatkan pemimpin kita. Betul, semua pemimpin kita sudah level wali dan Tok Guru, tapi mereka masih perlukan nasihat. Sebab itu, di Iran, institusi Vilayatul Faqeh itu penting. Macam Majlis Syura lah juga. Nak nasihatkan Presiden. Nak beritahu kepada Imam bahawa mereka mungkin silap.
Ana kalau boleh, nak hantar satu memorandum kepada DAP – supaya PENCENKAN sahaja Karpal dari politik Malaysia ni. Menganggu kita. Mengganggu PR. Mengganggu pas dan pkr.
Bukan benci, tapi menyampah. Cakap macam orang sasau dah.
Tengok cara Ustaz Azizan (MB Kedah) main politik. Bijak. Cakap benda baik, dapat masuk Tv3. Budak mahasiswa pulak marah. Susah jadi pemimpin dalam Pas ni. Banyak nak kena dengar cakap orang.

Advertisements