Nik_Aziz_BalakAna puji Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah mula keluarkan statistik yang molek molek mengenai sumbangan kerajaan Negeri. Macam inilah baru betul. Kena jual apa yang kita ada, jangan main ikut orang sahaja.

Sejak diperkenalkan kerajaan Kelantan pada tahun 2007, skim bantuan  Takaful Kifaalah Warga Emas kini mempunyai lebih 146,000 peserta  berdaftar di seluruh negeri.

Sehingga Disember 2012 lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih  RM50 juta dibawah skim itu sebagai bantuan berupa pampasan kepada ahli  keluarga atau wasi peserta yang telah meninggal dunia.

Pengurus Takaful Kifalah Sdn Bhd, Abdul Syakur Sha’ari berkata, pihaknya sangat komited untuk terus memperkasakan Kelantan sebagai negeri  berkebajikan seperti yang digagaskan kerajaan negeri.

“Tahun 2013 adalah tahun keenam program ini berjalan. Dengan moto ‘Menggapai  keberkatan dan berkebajikan’ kita juga telah merancang untuk  memperkenalkan beberapa lagi skim bantuan serupa kepada seluh lapisan  masyarakat negeri ini bukan sahaja tertumpu kepada warga emas,” katanya  kepada Harakahdaily.

Menurut Abdul Syakur, pihaknya kini sedang berusaha untuk menawarkan  beberapa lagi produk baru termasuk Skim Kifalah As-Syabab untuk anak  muda berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu, mereka juga akan  memperkenalkan Skim Khairat Kematian Takaful Umah serta Skim Takaful  Aulad bagi kanak-kanak khususnya murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam  (PASTI) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Walaupun sumbangan kita nampak kecik banding dengan sumbangan BN – pada ana, kita kena jual juga kepada rakyat. Kalau tidak, kita akan jauh ketinggalan berbanding dengan mereka.

Ana tak tahu pandangan rakan-rakan Pas lain di Kelantan – nampak arus perubahan ni lain macam sangat. Jangan ambil mudah.

Ana diberitahu, esok TPM turun lagi ke Kelantan. Dua program besar. Kita masih syok sendiri main tukar-tukar kek harijadi. Payah macam ni.

Advertisements