NIK AZIZ-kekAna cukup sejuk hati, mata dan dada bila tengok gambar TG Nik Aziz begitu mesra berjumpa dengan Karpal Singh dan Bishop di Pulau Pinang. Pada ana, permainan politik TG Nik Aziz ini memang tahap tinggi. Memang tidak terjangkau dek akal kita orang politik biasa. Bijaksana sungguh.

Apakan tidak, ketika Ibrahim Ali buat onar, TG Nik Abdul Aziz boleh bertemu dan meraikan ulangtahun ke-82 bersama dengan Karpal Singh dan Bishop. Karpal yang sebelum ini tegas mengatakan over my dead body pun sejuk dan lembut hati melayan kunjungan wali politik Pas Kelantan itu. Luar biasa. Hakikatnya, memang BN pening kepala nak melayan permainan politik Tok Guru ini. Manakan tidak, cara Tok Guru kita menghunus senjata politik sangat tajam dan tenang.

Ketika mana kecoh mengenai isu pemecatan Ustaz Nasha (yang ana anggap isu kecil dan tidak penting), Tok Guru lebih memikir kaedah memenangi hati pengundi di Sabah dan Sarawak. Ini cara politik matang. Kebetulan TPM pun ada di Sarawak, TG Nik Aziz sudah kunci undi gereja untuk terus bersama menyokong penuh Pas dalam PRU yang akan datang. Ini cara orang matang dan bijak berpolitik. Level wali.

Sama juga bila TG cakap bahawa Nasha CONFIRMED akan gugur daripada senarai calon. Cekap!

“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,”  katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu,  hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan  pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

“Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada  orang pecat. Jurulatih pun kena pecat,” katanya, sambil menambah bahawa  Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

“Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya,” katanya.

Pada ana, kalau TG terus jumpa Bishop, Pope, masuk gereja, jumpa mubaligh Kristian – kita akan dapat markah politik tinggi kali ini. Jangan lupa, kita harap sangat dapat menang di Sarawak. Kalau tanpa sokongan orang Kristian, nak menang macamana. Pas mesti menang kurang-kurang 2 parlimen di Sarawak. Barulah kita ada mutu, gaya dan keunggulan.

Happy Birthday Tok Guru! I love Tok Guru!

Advertisements