nashaAlhamdulillah, ana rasa bersyukur sangat dengan tindakan tegas, adil dan bijak yang dibuat oleh Majlis Syura untuk meng-RESIGNkan Ustaz Nasha secara daripada Majlis tersebut. Pada ana, kita tak perlukan pengkhianat ketika mana Pas dan kawan-kawan PR akan berdepan dengan PRU yang akan datang ini. Betul, ana memang antara penyokong kuat Ustaz Nasha sewaktu bertanding melawan Abang Mat dan Tuan Ibrahim. Ana turun sama berkempen. Ana bantu dalam blog ini. Tapi ana rasa, kesetiaan ana pun ada hadnya.
Ana naik menyampah apabila kelibat Ustaz Nasha heboh ke Gaza dan pegang kamera ambil gambar PM. Dah tak ada kerja lain? Dah begitu rendah sekali maruah diri dan keluarga? Mana perginya segala macam tarbiyah dan pesan pemimpin yang keluar daripada mulut Ustaz sebelum ini? Dah dibuang di pintu pagar Seri Perdana?
Ana hilang hormat kepada ulama’ yang penting poket daripada dakwah. Ana hilang hormat kepada kaki bodek yang tidak tahu malu. Ana hilang hormat pada ahli akademik yang turun sama menjadi lebai malang macam Zul Noordin. Ini semua kelompok parasit dalam Pas.
Laporan halal toyyiban Malaysiakini ana rujuk:-
Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab  apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh  mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan  keanggotannya dalam badan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang  dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar  beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir  mesyuarat…,” katanya seperti dipetik laman tersebut.

Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama  presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.

Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman  berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu  tindakan peribadinya sendiri.”
Siapa yang boleh percaya lawatan Ustaz Nasha atas dasar kemanusiaan dan dokongan kepada Palestin. Ini semua kerana politik. Ini semua sebab berebut nak dapat tempat bertanding dalam PRU yang ke 13.
Bukan rahsia lagi, Ustaz Nasha sendiri sudah berikan LIST kawasan yang dia boleh bertanding dan menang dengan bergaya. Dua kawasan di Kelantan. Satu di Kedah. Dua di Kuala Lumpur. Di KL, Ustaz Nasha tawarkan diri bertanding di Titiwangsa dan Setiawangsa. Salah satu. Hebat boleh beri list macam ini kepada orang UMNO.
Ana ucap selamat kepada Ustaz Nasha. Moga segala agenda bodek dan penuhkan poket beliau dapat dijayakan sepenuh hati.