7upAna dah tulis banyak kali, jangan ambil mudah sangat mengenai usaha gelombang merah di Kelantan. Ana dah tulis banyak kali, kalau kita ambil mudah sangat dengan kedudukan kita di Kelantan, susah kita nak lawan BN ni. Mereka ada semua. Ada duit. Ada jentera. Ada usaha yang berterusan.
Antara yang Abe Jib janji untuk Kelantan:-

  • Lebuhraya Kuala Krai – Kota Baru;
  • Stadium baru
  • Masjid RM50 juta;
  • Rumah mampu milik (3,000 rumah);
  • Kampus UiTM KB;
  • Bas untuk KB;
  • Isu air;

Pada ana, walaupun kita boleh kata, ini semua janji politik – tapi kita kena juga tengok kesannya kepada rakyat Kelantan. Kalau Abe Jib lebih bijak, patutnya umum lebuhraya Gua Musang-Kota Baru; daripada kekal dengan Kuala Krai-KB. Menurut ramai rakan-rakan di Kelantan, kalau Gua Musang-KB diumumkan sebagai janji baru, lebih besar kesan politik di Kelantan.

Stadium – kita tahulah bagaimana orang Kelantan gila dengan bola. Memang gila habis. Sampai Tengku Mahkota ana kena bawak JMF sebab nak berdepan denga budaya ganas orang Kelantan. Katalah, stadium ini boleh muat 50,000 – harus semua sokong BN nanti.

RM50 juta masjid ana tak risau sangat. Kalau buatpun, bagi seminggu dua, masjid itu akan jadi milik PAS. Confirmed. Sebab orang UMNO tak suka pergi masjid.

Kampus UiTM memang bagus.

Bas pun bagus.

Air pun bagus.

Soalnya sekarang, apa janji kita pulak untuk rakyat Kelantan? Jangan kita diam sahaja. Ana kalau boleh cadang Anwar dan Tok Guru untuk duduk semeja dan bincang semula apa yang bakal kita susun di Kelantan. Jangan ambil mudah bohh. Bahaya.