Lori-Kempen-DAP-HilangKerajaan negeri Kedah pimpinan PAS dikecam oleh DAP kerana garis panduan dari kerajaan negeri menghalang wanita dari melakukan persembahan  sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan  melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina  dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

“Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga  diskrimikasi terhadap wanita. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS  harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini,” kata Teo yang  merupakan ahli parlimen Serdang.

Menurut Teo, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam  menyentuh isu-isu sensitif.

“Ini bukan pertama kali kerajaan PR Kedah terlibat dalam kontroversi  seperti ini, tindakan mereka menyebabkan Pakatan Rakyat menerima  kritikan hebat dari parti komponen BN dan melemahkan peluang PR  menjelang pilihan raya akan datang, dan tindakan tersebut hanya  menjauhkan rakyat dari pentadbiran.

“Tidak ada parti politik dalam negara ini yang boleh bertahan dengan  sokongan satu kaum sahaja. Keputusan dari kerajaan negeri Kedah ini  bertentangan dengan semangat slogan PAS iaitu ‘PAS for All’,” katanya  lagi.

—————————————————————
Pada ana, Majlis Syura wajar sekali lagi bersidang kali ini. Isu ini bukan isu kecil. Kita dok jaja PAS for all, tapi bila buat peraturan seperti ini, kita berhadapan dengan masalah yang besar.
Ana cuma berdoa, kali ini, jika Majlis Syura bersidang – beranilah sikit bertemu media. Buruk benor rupanya bila Pak Imam/Alim Ulama’ kita dipaksa ikut pintu belakang bila keluar meeting. Ana tak tahu arahan siapa, tapi nampak kita tak hormat alim ulama’.
Cumanya, jika Majlis Syura sekali lagi bersidang – tolong ambil kira beberapa kesan politik daripada keputusan yang dibuat. Antaranya:-

  • Apa kata Anwar Ibrahim dengan keputusan Majlis Syura? Apakah Anwar boleh bersetuju? Mahu tak mahu, dia PM kita nanti.
  • Apa kata DAP (Guan Eng dan Kit Siang?);
  • Apa kesan politik kepada Kedah, Kelantan dan negeri lain?
  • Berapa undi kita boleh dapat?
  • Berapa undi kita hilang?
  • Kawasan mana yang kita menang/kalah kalau kita buat sesuatu keputusan?
  • Kawasan mana yang PKR menang/kalah kalau kita silap buat keputusan?
  • Kawasan mana yang DAP menang/kalah kalau kita silap?

Majlis Syura yang boleh ambil kira isu politik lebih mampu membantu parti. Ini yang ana nampaklah. Da;am persahabatan politik PR, kita kena ambil kira isu ini.

Advertisements