lim-guan-engMajlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk mencegah penggunaan kalimah  ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari kitab agama bukan Islam.
Satu kenyataan PAS menyebut, perkara itu  diputuskan dalam satu mesyuarat majlis berkenaan yang dipengerusikan  mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam tadi.

“…Menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ‘Allah’ tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna  dan salahguna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa  kekeliruan yang nyata.

“Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah,” kenyataan itu dipetik.

Ia seterusnya memberi alasan berikut:

“Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam,  iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

“Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa  pun boleh menyebut kalimah Allah sepertimana orang Arab Jahiliah yang  tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

“Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan dirin-Nya Allah.  Kalimah itu tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa dunia  kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

“Demikian juga, tidak boleh kalimah asing hendak diterjemah kepada kalimah Allah.”

Memang ramai kawan-kawan yang PUJI kerana kali ini MAJLIS SYURA nampak ada keberanian nak bercanggah dengan Timbalan Presiden PAS. Hebat. Tapi daripada sudut politik, mungkin kita ada sedikit rugi la agaknya. Agaknya.

Ana percaya, Guan Eng ada strategi bila cakap pasal kalimah Allah ini. Mesti ada target. Sebagai orang yang bijak politik, dia mesti ada calculation. Penganut Kristian di Malaysia hampir 9 %. Tak ramai mana. Tapi kalau daripada sudut politik, kira ramailah tu. Apatah lagi di Sabah dan Sarawak. Kalau tolak campur, ada dekat 2.8 juta orang Kristian di Malaysia. Kalau pengundi? Mahu sejuta kot.

Sementara ana puji Majlis Syura – tapi daripada sudut politik, mungkin ada gagal sikit lah. Sikit.

Apapun, pandailah pemimpin kita main isu ini nanti. Dengan bijaksana, isu besar pun boleh jadi kecik. Isu kecik boleh jadi besar. Kena bijak.