Alhamdulillah, tak ada yang kecoh berlaku semalam. Walaupun himpunan selesai awal, tapi Ana sampai rumah agak lewat. Duduk berbual dengan ramai rakan dari Hulu Langat, Dusun Tua, Semenyih dan Kajang. Dah lama tak jumpa. Macam-macam cerita.
Apa yang ana nak sampaikan, kalangan ahli pas peringkat bawah, ada beberapa kesimpulan mengenai apa yang berlaku semalam. Ana tak tahu samada kita, ahli pas dapat setuju dengan beberapa kesimpulan, terserah. Kita pun tak minta semua orang terima pandangan kita. Tapi ini yang kita dapat rasakan semalam.
1. Pas masih menjadi parti terkuat di dalam PR daripada sudut mobilisasi ahli untuk turun berdemo. Nampak sangat, kita mendominasi himpunan semalam. Di mana-mana sudut ada ahli pas.
2. Kekuatan dap hanya lah melibatkan kumpulan anak muda Cina. Tak nampak ramai warna veteran/pertengahann umur Cina. Ini yang buat kita risau, kerana kita memerlukan 85 peratus undi Cina untuk menang.
3. Pkr dapat nikmat politik tertinggi di kalangan PR semalam. Anwar dapat untung lebih. HISHAM rais dapat untung lebih. Kita dapat untung sederhana sahaja. Ucapan wakil kita kurang menarik.
4. Pas memerlukan bantuan kewangan berterusan daripada Rakan PR yang lain. Nampak sangat. Kalau nak ambil ELAUN pun kena jumpa kawan PKR apa tandanya?
5. Jangan ingat kita menang semua. Pak Ya, bekas pegawai Polis yang kini menjadi penggerak pas kawasan, mengingatkan kami bahwa NAJIB dapat markah juga daripada apa yang berlaku semalam. NAJIB berani. NAJIB tak macam MAHATHIR, yang pastinya sudah menahan mat sabu, HISHAM rais, Anwar, guan eng jika berlaku pada zamannya. Pak Ya ingatkan, kalau NAJIB terms berani begini, dia akan mendapat undi simpati rakyat. Bagus ingatan Pak Ya ni.
6. Akta Perhimpunan Aman bagus untuk politik Malaysia.
7. Pas masih lagi jadi parti ‘feeder’ kepada PR. Kita supply orang, tapi markah politik kita kurang.
8. Kegagalan bawa Deepak adalah satu kegagalan besar HKR.
9. Khidmat cemerlang PDRM memang wajar dipuji. Ana PUJI budak-budak PDRM yang sangat mesra.
10. Mat Sabu adalah aset Pas paling mahal ketika ini. Ada pengaruh. Bijak politik. Patut diangkat sebagai Presiden jika diterima perwakilan.
11. Media UMNO buat Kerja paling bodoh dengan menggelar HKR sebagai ‘Himpunan Shamsidar’. Ini adalah strategi media paling mangkuk dalam ABAD ini. Katanya, idea Ahmad Maslan. Memang taraf mangkuk macam dia.
Setakat ini, itulah pandangan kita. Nampaknya, HKR tak menguntungkan kita sangat. Silap-silap….