Ana perlu ikhlas dan jujur, mana yang baik, ana kena PUJI dan ucap tahniah. Ana sempat pergi program anjuran Yayasan Pendidikan Cheras malam semalam. Pada Ana, majlis tersebut Hebat dan benar-benar mendapat sambutan hangat. Ana terkejut, program tersebut mampu memenuhkan setiap inci ruang stadium Cheras.
Pada Ana, Kita dalam Pas Jangan ambil mudah dengan kejayaan UMNO Cheras mengadakan program yang baik begitu.
Kita masih lagi terikut-ikut dengan permainan politik orang lain. Himpunan itu. Himpunan ini. Tak pernah pula kita kaji sejauh mana berkesannya kepada politik Pas. Bila UMNO buat program baik macam ‘Malam Cinta Rasul’, kita patut rasa malu.
Ana rasa, kalau program sama dibuat di tempat-tempat lain, mahu UMNO dapat perhatian rakyat. Sementara kita sibuk dengan HKR, mereka bawa agenda agungkan Nabi. Checkmate kita sheikh.
Pada Ana, pas sudah perlu gunakan ulama’ lawak jenaka, UAI ke seluruh negara. Kena tawan semula hati rakyat.

Kalau UMNO berjaya buat program seperti di Cheras ke merata Malaysia, rosak juga rancangan kita.

Ana juga nak maklumkan, dua tiga lagi Ana akan jumpa Cikgu Non. Ana nak berborak dan ambil tahu, apa yang cikgu non marah sangat pada Pas. Kalau isunya duit, Ana rasa kita bayar lah sahaja Cikgu Non. Kalau Rm4000 sebulan, apa salahnya kalau Maruah parti terjaga.
Advertisements