Ana musykil juga, kenapa ada beza ELAUN peserta pas Terengganu dan Kelantan dalam himpunan hujung MINGGU ini. Pas Kelantan tawarkan RM300 satu kereta. Pas Terengganu, bagi ELAUN makan sahaja. Mana boleh begini. Tak adil.
Ana cadangkan, setiap kereta orang Pas diberi ELAUN RM1000. Senang kira. Inilah masanya kita nak keluar belanja. Tak kiralah dari mana. Kita minta pkr dan dap bantu kita dari segi kewangan. Ana rasa boleh. Ana dengar, Pkr bayar RM700, walaupun hanya datang dari Ijok Atau Sijangkang. Dekat macam tu pun bayar tinggi.

Rakan Ana dalam pkr juga ada maklumkan, sejumlah RM135,000 sudah diserahkan kepada Pas Kelantan untuk bawa turun ahli. Soalan ana, kenapa pkr beri pas Kelantan sahaja? Mana peruntukan untuk pas negeri lain?

Ana harap sangat tak ada ‘pilih kasih’ dalam pemberian ELAUN ini. Mesti samarata. Bukan ikut konsesi balak dan peluang perniagaan yang lain. Kita dah nak sampai PRU, kalau masih ada lagi layanan istimewa kepada negeri tertentu, tapi tidak kepada negeri lain, ana rasa makin ramailah yang rasa kecewa. Jangan sebab ELAUN, kita lahirkan lebih Ramai Cikgu Non dalam parti. Jenuh nak berlawan dengan BN.
Ana harap juga, 112 ini tidak jadi acara pas sahaja. Muka pkr dan dap kurang. Tak adil gitu.
Apa kata kalau tak dapat ELAUN, Kita boikot sahaja himpunan ini. Bagi ingat orang atas, kita pun ada anak bini nak bagi makan. Amacam?