Salahuddin-Ayub1Jawatankuasa Membela Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) akan  memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang Projek Petrokimia  Bersepadu (Rapid) Pengerang diteruskan.

Pengerusi Mantap, Salahuddin Ayub berkata permohonan injunksi itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Selain itu, satu siasatan perlu dilakukan memandangkan terdapat pihak yang menerima kesan hasil projek tersebut.

Salahuddin berkata, ini kerana projek Rapid itu dikaitkan dengan isu kematian tiga sekeluarga di Kampung Jawa, Pengerang yang membunuh diri minggu lalu.

Katanya, satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar  kematian tiga beranak itu yang dipercayai akibat tekanan perasaan.

“Satu jawatankuasa khas mesti ditubuhkan siasat apa punca sebenar kematian  tiga beranak itu supaya mereka dapat pembelaan sepenuhnya,” tegas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Ana nak sampaikan rasa kecewa ahli PAS Johor dengan usaha terbaru Salahuddin ini. Ramai kalangan kami di bawah, sudah katakan, kematian keluarga Cina tersebut tidak berkait dengan RAPID. Tak ada kena mengena. Orang kita sendiri makan duit pampasan Petronas. Nak protes apanya.

Daripada bincang banyak isu RAPID – BAIK KITA NYATAKAN KETEGASAN KITA MENGENAI KALIMAH ALLAH. Lebih molek.