pengerang2Ana semakin kecewa dengan mutu laporan HARAKAH online. Bukan ana sahaja. Ramai yang mula rasa HARAKAH online nak jadi busuk macam Harian Metro dan Kosmo. Adake patut, keluarga Cina yang bunuh diri di Pengerang; terus dikaitkan dengan isu RAPID. Ana kecewa kerana laporan ini tidak ada kredibiliti. Pakai tangkap muat.
Ana semalam menelefon seorang rakan di Pengerang. Orang kuat PAS selama 43 tahun. Dah lama. Orang dalam kawasan. Dia sendiri pun terima pampasan dan macam seronok sebab nak terima macam-macam daripada pemaju. Dia sendiri kata, TAK ADA MAKNAnya orang tu bunuh diri sebab RAPID. Jangan jadi BODOH kata dia. Dia tahu, sebab dia jiran orang cina yang bunuh diri itu.
HARAKAH kena belajar bagaimana akhbar Cina buat laporan. Turun ke bawah. Tengok sendiri. Bukannya pakai cakap orang yang tak ada kena mengena.
China Press (p3 lead ), Guang Ming (p4lead), Kwong Wah Yit Poh (back page.pix), Oriental Daily (p14 lead.pix),Sin Chew  :The family of three who had committed suicide in Pengerang.
“It has nothing to do with the land acquisition for the RAPID project,” a relative to the family  said today. -Pang Mao Song ( translated name), 55, the younger brother of the  deceased Pang Kam Weng ( translated name, 63) pointed out that his  brother had the intention to commit suicide because of. health problems.
Kalau level macam ini laporan HARAKAH – memang layak sangat dilayak oleh perwakilan. Bukannya apa, jangan main politik benda-benda yang tak patut dimain. Bila akhbar Cina bagi cerita sebenar, kita pula jadi MALU.
Ana cadang, Editor HARAKAH letak jawatan lah. Semakin karut. Terutamanya edisi ONLINE.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15618-adakah-pang-bunuh-diri-kerana-rapid-pengerang
Gabungan NGO Pengerang percaya lebih banyak tragedi berlaku di  Pengerang jika pihak berkenaan masih lagi berkeras berhubung projek  Rapid di situ.

Sehubungan itu, Bendaharinya Chua Peng Sin dalam satu kenyataan  semalam menyeru pihak kerajaan agar mengambil berat terhadap apa yang  telah berlaku khususnya tiga sekeluarga yang mati dengan membakar  serpihan arang di blik mereka semalam.

Berikut ialah kenyataan penuh Chua Peng Sin.

Pagi ini saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya  membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang  di blik.

Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa  Keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit  strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang  upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Advertisements