haji hadi4Komen ramai ahli kita di Gombak, supaya Haji Hadi hati-hati dengan permainan RTM, Utusan Malaysia mengenai isu Amanat Haji Hadi ini. Memang ramai yang komen begitu. Pada mereka, dalam pada Haji Hadi hebat dan cekap, Haji Hadi bukan Anwar Berahi(m). Anwar Berahi(m) pandai gunakan kata-kata dan ada magic. Haji Hadi bukan setakat magic, mandrem pun sudah kurang dipakai.

Pada ramai ahli kita di bawah, Rais Yatim memang bijak kali ini. Bilamana Menteri Jelebu dan Negeri Sembilan itu berkata OK untuk Haji Hadi tampil di TV. Ramai kawan-kawan kita di bawah yang cemas. Bukan apa, buatnya Tuan Guru tampil dengan imej jubah, imej serban, imej ulama’ taliban – jahanam undi Cina untuk kita. Ini pandangan kawan-kawan di bawah.

Menurut kata ramai kawan-kawan, kalau mahu tampil juga, Haji Hadi kena tampil dengan gaya GQ. Bukan ulama’.

Ada yang cadang, Haji Hadi pakai kemeja PUTIH berlengan panjang, tanpa tali leher. Bersongkok hitam sahaja. Tak perlu berserban. Pada mereka, hilang undi bukan Melayu kalau Haji Hadi pakai serban.

Mereka pun cadangkan, kalau boleh Haji Hadi pakai jam mahal sikit. Pinjam Kamaruddin Jaafar seutas. Jam RM30 ribu. Nampak PAS moden dan tidak jumud.

Kata mereka, kalau Haji Hadi tampil dengan imej yang SMART CASUAL, saham PAS akan melambung tinggi. Hebat.

Mereka juga nasihatkan, tak perlu nak bincang banyak pasal AMANAT. Bawa cerita buka Jingga sahaja. Pasti orang tertarik.

Kalau Haji Hadi ulang-ulang pasal BUKU JINGGA, rasanya RTM akan tewas. Tapi penampilan kena betul dan baik. Buanglah serban sekejap.

Advertisements