Malay MailAna nak ucap terima kasih kepada The Malay Mail, yang sudi untuk mengeluarkan siri wawancara dengan TG Haji Hadi. Pada ana, Malay Mail antara akhbar yang ada TELOQ untuk interview pemimpin pembangkang. Tak perlu takut dan risau dengan apa sahaja tanggapan. Pembaca bukannya bodoh. Biar mereka sendiri buat nilaian siapa yang lebih baik dalam wawancara tersebut.

Pada ana, walaupun Malay Mail milik sahabat baik Perdana Menteri, tetapi ianya akhbar yang lebih berani. Tak macam akhbar lain. Yang hanya jadi tali barut dan kaki kencing parti. The Malay Mail, terutamanya Zakiah Koya, memang berani. Ana tabik.

Tuan Guru bercakap tentang beberapa perkara. Ana akan ringkaskan untuk tatapan semua:-

ISU POLIS MORAL

Soalannya berkait dengan banyak tindakan kita untuk menjaga moral dan sivik rakyat. Pada ana, OK jugalah soalan ni. Soalan yang jujur.

Jawapan TG HH: ISLAM mewajibkan kita menjauhi dosa. PAS kuat selama ini kerana ahli parti menjaga moral kita.

NASHA. HASSAN ALI

Malay Mail menganggap mereka sebagai puak ‘rebels’ di dalam parti.

Jawapan TG HH: Hanya perbezaan pendapat. Perkara biasa. PAS kekal selama ini kerana kita terbuka dengan perkara ini/

ISU DAP

Jawapan TG HH: PAS tak ada masalah dengan DAP. Media BN yang jahat.

CALON WANITA

TG HH: PAS akan tampil lebih ramai calon wanita. PAS sudah ada senator wanita.

ARAB SPRING

TG HH: Malaysia tidak akan mengalami ARAB SPRING. Sebab kerajaan menjaga rakyat dengan lebih baik. Takkan ada ARAB SPRING di Malaysia.

Lain-lain, boleh beli dan baca sendiri dalam Malay Mail ya. Bukan senang Tuan Guru kita nak masuk akhbar perdana. Pergi beli ya.