DAP-bentongAna tak pandai membaca tulisan cina. Rugi tak belajar dulu. Sekali lagi, ana dapatkan anak jiran ana, untuk translate beberapa email yang masuk – balun PAS, balun ana, balun pemimpin kita mengenai pelbagai isu.

Pada mereka, kita, PAS, sudah terlalu mengongkong DAP. Apabila ini berlaku, ianya akan merosakkan undi Cina kepada Pakatan Rakyat. Kita dikatakan taliban dan sebagainya.

Ana dapat rasakan mereka ini penyokong DAP. Bahasa mereka kasar. Anak kawan ana pun malu nak translate semua. Mencarut pun ada. DAP ini memang ahli dia kasar-kasar. Tak macam Gerakan.

Ana bagi dua contoh email, yang sudah ditranslate oleh budak Tingkatan 3.

Email 1: Soon Bok, Puchong

Tindakan PAS buatkan DAP seperti political eunuchs….Sekarang kami nampak, DAP yang bekerjasama dengan Pas sudah menjadi political eunuch yang sebenar. Apa yang dilakukan Pas ke atas bukan-Muslim tidak dibantah oleh DAP. Bukankah Lim Kit Siang & LGE dulu tepuk dada dan mengaku mereka wira pelindung hak orang Cina dan bukan-Islam? Sekarang apa dah jadi? Kami tidak lagi percaya akan kepura-puraan DAP. Kami tak akan tunggu sampai DAP bawa kami ke Holland (kemusnahan)….

PAS tak perlu campur tangan dalam urusan bukan Islam. Ingat tu. Jangan masuk campur. Kami mahu minum ka. Judi ka. Jangan ganggu. U hanya jaga Kelantan. Sebab itu Kelantan mundur. Kami di Selangor tidak sokong PAS. Kami sokong DAP dan PKR.

Email 2: Goon, Setapak

[Pas terlalu melampau. Ahli2 Pas dijemput ke majlis makan, tapi mereka banyak komplen. Kononnya penyanyi wanita Cina berpakaian tak senonoh. Tak harus naik ke pentas….Saya takkan menyokong PR lagi, kerana kamu tak benarkan orangramai mendengar lagu di konsert. Tak boleh harap!

Tak ada sebab Pas masuk campur hiburan bukan-Islam. Kasi hormat sikitlah. Jangan cuba Islamkan bukan-Islam!

Pas bertindak macam Taliban, mahu kikiskan kebudayaan orang Cina. Tolak Pas!]

Kalau konsert kami hidang BABI….sebab undi, Ustad semua datang. Walaupun BABI depan mata. Bodoh.

Ana hanya bagi contoh dua email sahaja. Email yang seranah ana pun banyak. Semua kasar-kasar. Tuduh ana taliban. Tuduh ana macam-macam. Ada email yang kata, kalau tidak kerana undi Cina, PAS belum tentu boleh menang banyak. Mereka lupa agaknya, kita menang kawasan majoriti Melayu.

Ini semua kes makan malam di Bentong lah ni. Campur dengan tindakan kita di Kelantan.

Ana nak menang pilihanraya juga. Tapi tak akan kita kena jual semua prinsip. Wallahu’Alam.