piggy backKeputusan Kerajaan Kelantan untuk menangguh penguatkuasaan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut wajar dilakukan jika bertujuan untuk menjelaskan kes yang timbul.

“Peraturan itu sendiri tidak seharusnya diketepikan kerana prinsip menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat seperti yang terungkap dalam Rukun Negara tidak boleh diremehkan,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Justeru, tegasnya Mapim berpendirian usaha untuk menjaga akhlak masyarakat adalah usaha yang murni dan tidak boleh dianggap menceroboh hak bukan Islam.

Beliau berkata, Mapim berpegang kepada prinsip bahawa tujuan utama yang harus difahami oleh masyarakat ialah menjaga kemurnian nilai dan sahsiah masyarakat.

“Ia tidak boleh dilihat sebagai mengganggu hak masyarakat bukan Islam kerana ia adalah suatu kesepakatan sosial untuk menjaga budaya hidup masyarakat yang sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Undang-undang kecil Kedai Gunting Rambut Salun Uniseks yang diwujudkan oleh MPKB adalah jelas dan ia ujud sejak 1991.

Tambahnya, undang-undang seumpama itu juga wujud dikebanyakan PBT di seluruh negara.

DAP perlu belajar untuk hidup dalam Negara Islam. Itu sahaja pesan ana. Tak perlu dolak dalik. Isunya bukan ‘agama’. Isunya adalah tingkah laku. Ana setuju, tidak ada keperluan orang perempuan Cina untuk urut/cuci pelanggan lelaki. Sengaja nak rosakkan tatasusila lah namanya.

DAP kena sedar, PAS kena usaha yakinkan pengundi Melayu-Islam bahawa parti kita benar-benar pegang hukum Islam. Itu sahaja. Kalau DAP nak protes semua benda, payahlah. Ana dimaklumkan, DAP juga hantar orang untuk arah kita perlahankan sedikit usaha memperkembang undang-undang kecil berkaitan tatasusila. MCA pun protes. Tapi nampaknya protes senyap DAP lebih berkesan untuk mempengaruhi kita.

Memang lah naik tang belakang tak salah. Tapi kalau amoi itu pakai seluar pendek yang terdedah – dilakukan di SERAMBI MEKAH, ianya salah dan tidak sesuai dengan tatasusila. Itu sahaja.

Advertisements