fauzi shaariAna setuju dengan strategi pimpinan untuk meletakkan calon-calon INSAF (insaf daripada kekotoran, rasuah, salahguna kuasa) untuk mewakili PAS dalam PRU13. Orang-orang begini, ana setuju, memang aset kepada PAS. Mahunya tidak. Bekas Pegawai Tinggi PDRM. Banyak ilmu. Banyak pengalaman. Banyak pengaruh. Bila menyertai PAS, memang perlu diberikan kesempatan untuk bertanding di kawasan tertentu.

Pada ana, ini satu penghormatan kepada mereka. Kalau ikut hierarki, jauh panggang dari api. Tak terjengah agaknya kedudukan mereka yang ada sekarang. Manakan tidak, kita lambung mereka macam tak pernah ada dosa. Segalanya baik. Segalanya bagus. Padahal, ada kawan ana dalam PDRM kata, Fauzi ini pun boleh tahan kongkalikong masa anggota dahulu. Tapi tak apalah, bila dia dah INSAF, kita kena sokong.

Cumanya, ana nak pesan kepada semua calon elit, wild car, mudah dapat tempat – untuk terus menghargai orang lama dalam parti. Jangan bunuh kawan. Ini tidak, mentang-mentang dah dapat watikah awal, semua jentera dia buat macam hamba abdi. Jangan lupa, zaman POLIS dah berlalu. Perintah-perintah ini kami tak main. Jangan anggap jentera parti macam jalang yang boleh kena jerit kalau serbis tak baik.

Ana cakap ikhlas. Tak larat nak cakap bagi pihak kawan-kawan di bawah. Perangai POLIS masih dibawa. Tengking orang. Ugut orang. Siap dengan kenyataan ‘saya dipilih pimpinan; kalian kena bantu’. Mangkuk.

Kena sedar dirilah, Di Larut, tak kurang dengan orang berkemampuan. Dewan Pemuda kita pun aktif. Terkenal dalam kawasan. Dihormati masyarakat. Bukannya orang yang dicampak-campak ikut suka hati.

Ana nasihatkan kepada semua calon-calon ISTIMEWA, yang diberikan tempat awal; yang sudah tertulis namanya di Luh Mahfuz untuk bertanding atas tiket PAS – jangan bongkak, angkuh dan takabbur. Kami tahu cerita Saudara luar dan dalam. Malas nak lambak sahaja.

Hati-hatilah mengurus hati dan perasaan orang lama dalam parti. Anta LOMPAT berpuluh orang untuk jadi calon. Bukan sorang dua.

Advertisements