tuan brahim (1)TAWARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI PAHANG
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat  memerintah negeri Pahang pada PRU 13 nanti maka kami akan :
PERTAMA
Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung  Tersusun.
KEDUA
Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut  benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.
KETIGA
Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
KEEMPAT
Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.
KELIMA
Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil  hutan dan maneral  setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.
KEENAM
Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri  sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang. Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang Yb Leong Ngah Ngah, Pengerusi DAP Pahang
Ramai rakan-rakan PAS di Pahang, tidak merasakan janji-janji yang diberikan kelmarin membawa keuntungan politik kepada PAS. Mereka kecewa. kerana daripada 6 perkara yang dijanjikan di Pahang; 5 mengenai isu tanah di Pahang. Pada mereka, isu tanah bukan satu-satunya isu besar di Pahang. Banyak isu lain.

  • Peluang pekerjaan kepada orang muda?
  • Penglibatan wanita dalam ekonomi?
  • Pelaburan yang lebih mantap?
  • Peluang pendidikan di Pahang (bantuan kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah)?
  • Isu FELDA
  • Masalah sosial di dalam kawasan FELDA
  • Senarai MB/Exco yang lebih mantap berbanding Long Nan sekarang ini?
  • Pembangunan sekolah-sekolah agama tajaan PAS Negeri.
  • Penutupan salon-salon yang membenarkan orang bukan muhrim (termasuk bukan Islam);
  • Industri pondan yang semakin meningkat di Kuantan (tak tahulah kalau PKR suka pondan);
  • Undang-undang hudud di Pahang (termasuk pelaksanaan di kalangan kerabat diraja);

Balik-balik, isu tanah. Tanah bukan isu besar sangat di Pahang. Ana pun tak tahulah siapa yang nasihatkan kepimpinan di Pahang ni? Kalau setakat Datuk Fauzi (PKR) punya idea, elok kita buang ke longkang sahaja.

Ana kecewa dengan apa yang dibentangkan. Kecewa kerana nampak sangat bukan PAS yang jadi kepala kepada usaha ini. Kita kena janji Hudud di Pahang. Barulah namanya kita ini pejuang PAS sejati. Kalau setakat nak faraid tanah negeri…buang masa.

DAP dan PKR kena sedar diri, PAS tanding di 22 kawasan pada PRU yang lepas di Pahang. Kita mesti jadi ketua. Agenda Pahang mestilah agenda PAS. Bukan DAP. Bukan PKR. Mereka boleh pergi jahanam. Kalau kita nak menang, PAS kena ada POWER. Baru boleh menang.

Takkan Anwar dan Guan Eng tak boleh baca pemikiran orang Melayu Pahang? Pahang ini kan Malay Belt Areas. Kawasan Melayu. Kita mesti guna strategi sama macamana kita menang di Kelantan dan Terengganu (dulu).