zulkarnainApa yang berlaku di Gombak tempohari adalah kelemahan pengurusan keselamatan yang diterajui oleh PKR. Ana dah pesan banyak kali, kalau di Gombak, patutnya mereka kena guna UNIT AMAL. Bukan kalangan gangster PKR. Kan sudah jadi isu.

Ana memang ada malam itu. Pada ana, salah semua pihak. UMNO pun salah. PKR pun salah. Yang tak salah, PAS. Ana cakap ikhlas sahaja. Ana dah pesan kepada ketua keselamatan, Gombak ini memang lain sikit panasnya. Apatah lagi, apabila Ketua Pemuda Gombak yang dikatakan bakal diangkat jadi calon Parlimen Gombak adalah guru silat. Berlagak macam dunia ini dia punya. Konon macam dia adalah pilihan tuhan untuk berkhidmat di Gombak.

Pada analah, ana tak takut langsung dengan Ketua Pemuda Gombak ini. Suara sahaja garau. Takut bini. Itu yang diberitahu oleh jiran-jirannya lah. Kalau bini dia jerit, menggelabah lari keluar. Nampak hebat depan Pemuda dia sahaja.

Pada ana, BN silap besar kalau letak anak Tan Sri Omardin Mauju Wheelcha sebagai calon. Mendap peluang BN. Memang pudar, malap dan suram. Sesuram kulit Ketua Pemuda Gombak juga.

Pada ana, keselamatan PKR tidak macam kita dalam PAS. Unit Amal PAS, menggunakan tenaga muda di kalangan masyarakat setempat. Kita latih dan beri kursus. PKR tidak. Dia ambik sahaja bouncer kelab malam. Pakai baju keselamatan PKR. Sebelum jaga ceramah, minum dua tiga tin. Kepada pun ting tong. Itu yang mula nak tikam orang tu.

Unit Amal kita semua disiplin tinggi. Solat kena jaga. Wirid teratur. Pakai ayat waktu jaga kawasan. Minta doa kepada Allah. Kalau budak-budak keselamatan PKR, yang ana tengok, semua kaki tunggang. Dah minum. Kepala high. Baru sedap jaga Boss Besar. Ayat biasa yang kita dengar. Itu belum masuk kumpulan yang kaki balut. Lagi teruk. Agaknya, kalau budak-budak keselamatan PKR yang ana kenal…baca BISMILLAH pun ke parit. Suruh jadi imam – lari lintang pukang.

Pada ana, Pakatan Rakyat kena ambil kata sepakat. Tender jaga keselamatan ceramah – kena bagi kepada UNIT AMAL. Murah pun murah.

Kalau BN letak Ezam…berpeluh jantan kita di Gombak.

Advertisements