alirustam400pxBerdasarkan analisis terhadap beberapa dapatan kajian yang dilaksanakan  oleh beberapa pihak, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan Pakatan  boleh menambah satu lagi kerusi parlimen di Melaka.

Kerusi Parlimen yang dijangkakan boleh ditambah oleh PR ialah kerusi P137, Bukit Katil, yang ditandingi oleh PKR.

Kerusi ini dikategorikan sebagai kerusi campuran disebabkan nisbah pengundi  Melayu dan Bukan Melayu yang kecil, iaitu 52% pengundi Melayu, 42%  pengundi Cina, 6% pengundi India dan selebihnya kurang dari 1% lain-lain pengundi.

Bagi kerusi-kerusi DUN pula, kata Dr Zuhdi, BN dijangkakan boleh menang  di sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN, manakala PR (DAP) dijangkakan boleh mengekalkan penguasaan di 5 kerusi DUN seperti yang dimenangi pada  Pilihanraya Umum (PRU) 2008.

Baki enam lagi kerusi DUN iaitu,  Asahan, Machap, Kelebang, Duyong, Rim dan Serkam dikategorikan sebagai  kawasan kelabu, katanya.

Antara keenam-enam kerusi kelabu,  kerusi DUN Asahan yang ditandingi oleh PAS berpotensi untuk jatuh ke  tangan PR, sekiranya PR berjaya menggunakan strategi yang betul dan  sesuai.

Kerusi DUN Asahan yang terletak di bawah Parlimen Alor  Gajah bersama sebuah lagi kerusi DUN yang dikategorikan kelabu, Machap,  yang terletak di dalam kawasan parlimen yang sama, memberi sedikit  harapan kepada PR (PAS) untuk memberi saingan yang sengit kepada BN di  Parlimen Alor Gajah.

Dalam PRU tahun 2008, kerusi Parlimen Alor  Gajah yang mempunyai 57% pengundi Melayu, 30% pengundi Cina dan 13%  pengundi India, dimenangi oleh MCA.

Ana harap sangat, untuk Melaka ini, kita jangan bangga dengan peluang DAP dan PKR sahaja. Kita kena bina kekuatan. Bukannya harap pada dia orang yang belum tentu bantu kita. PAS Melaka ini selalu sahaja berbangga dengan PAKATAN RAKYAT. Sikit-sikit, Pakatan Rakyat tambah kerusi. Kita tambah apa? Ada peluang menang di Asahan dan Machap? Betul ke? Gerakerja di bawah sudah buat ke?

Jangan kita bercakap sedap. Konon PAKATAN akan tambah kerusi. Rupa-rupanya…HAWAU LAHABAU. Kita semua tahu lah perangai orang Melaka. Cakap akan undi kita, sudahnya tak undi juga.

Ana cuma nak ingatkan…dalam ramai-ramai pemimpin UMNO; yang jadi masalah pada kita adalah pemimpin yang macam ALI RUSTUM ni. Dia pandai jaga hati rakyat. Kalau setakat kita buat analisa, tapi tak buat kerja. Hancur.