teng chang kimRamai rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat Selangor sangat berdebar dengan CEC DAP yang akan dilaksanakan minggu hadapan. Berdebar kerana, sebagai rakan baik dalam Pakatan Rakyat, beberapa pemimpin DAP adalah kalangan yang senang kita bekerjasama. Pengalaman, hati budi, kasih sayang mereka terhadap pemimpin dan aktivis PAS di peringkat bawah memang utuh. Antara nama yang sangat PAS Selangor kasih dan sayang adalah Speaker DUN Selangor. Pada pemimpin/aktivis PAS di bawah, Speaker DUN ini adalah contoh pemimpin DAP yang mudah didekati dan mempunyai prinsip. Banyak kali juga, Speaker memberi nasihat yang baik, yang bagus, kepada beberapa orang YB PAS yang tidak ada pengalaman di dalam Dewan. Speaker lah yang memberi mereka laluan, tunjuk ajar dan cara untuk memberi hujah di dalam dewan. Apa yang kita tahu, DAP akan melaksana konvensyen parti tersebut minggu hadapan. Untuk PAS, kita berdoa agar orang baik seperti Teng Chang Kim, Speaker DUN Selangor akan terus diberikan amanah oleh perwakilan DAP pada kali ini. Pada kita, pengalaman Teng penting untuk PR. Kalau tak ada Teng, kita rasa, susah untuk kita, orang PAS untuk menjadi matang dalam politik. Orang macam Teng tidak seperti orang DAP yang anti-Islam seperti Teresa Kok. Bukan seperti Ngeh Koo Ham yang pernah menghina orang Islam yang membuat perhimpunan aman menentang Israel. Kurang ajar. Teng Chang Kim sangat berhati-hati dan beradab dalam berkata-kata. Malahan, kalau diberikan tempat yang baik, ramai kalangan PAS sendiri merasakan Teng boleh menjadi jauh lebih hebat berbanding Guan Eng. Kerisauan kita, kalau DAP akan membunuh karier politik Teng kali ini. Apakah LIM GUAN ENG, LIM KIT SIANG, NGEH dan NGA akan memberikan ruang kepada pemimpin seperti Teng untuk terus menjawat jawatan dalam CEC. Kita tahu, ada konspirasi untuk menjatuhkan Teng Chang Kim. Kalau boleh buat solat hajat untuk selamatkan politik Teng Chang Kim; ana rasa ana akan buat. Orang baik. Sopan santun. Hormat agama. Kasih kepada PAS. ANa doakan YB Teng diselamatkan oleh perwakilan DAP. Kalau mereka tolak, memang mereka BODOH dan tidak sayang kepada bakat politik YB Speaker. Ana akan sms beberapa perwakilan DAP untuk selamatkan YB Speaker. Ini suara pemimpin DAP yang patut kita sayang.