rahman maidinBekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)  mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan  kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Former Penang Malay Chamber of Commerce chairperson Abdul Rahman Maidin  was ordered by the High Court in Kuala Lumpur today to pay RM10 million  to former Realmild Sdn Bhd director Khalid Ahmad. Ini laporan Malaysiakini sekitar 2010. Maknanya apa, Abdul Rahman Maidin yang pernah menjadi budak poster kehebatan pengurusan ekonomi Anwar Ibrahim pada suatu ketika – memang seorang yang kaya raya. Duit melimpah ruah. Berdasarkan perbualan bebeberapa orang blogger dengan Rahman Maidin tempohari, dia komited untuk memberikan hampir puluhan juta untuk tabung politik PAS.

Orang macam ini yang kita mahu. Yang kaya. Yang ada duit. Yang ada komitmen untuk masuk tabung politik PAS.

Apa yang penting, orang macam inilah yang kita boleh ketengahkan di Pulau Pinang. Orang yang boleh sama dengan fikiran korporat Cina DAP yang dok penting orang dia sahaja. Kita nak orang yang Guan Eng tak boleh nak mainkan. Salleh Man, Guan Eng tak takut. Salleh Man mana ada idea.

Kita harap, Rahman Maidin yang memang budak Anwar, tidak gunakan PAS untuk kepentingan diri. Dia mesti pisahkan kesetiaan dirinya daripada Anwar Ibrahim. Mesti masuk PAS secara bulat dan nekad.

Kita harap Mamak Maidin kita akan tengking Guan Eng macamana dia berani tengking budak-budak MRCB yang bodoh dahulu. Rahman Maidin kalau kita didik dengan beyul, kita boleh bentuk imejnya sebagai USTAZ MAMAK kita di Pulau Pinang. Siaplah Guan Eng.

Harap-harap Mamak Maidin kita tak jadi kuda Anwar dalam PAS macam orang lain.